Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

GUNA KAEDAH 'BISIK-BISIK' KEPADA RAKYAT



Beaufort,6 Ogos: Rakyat di Sabah perlu memberi peluang kepada parti politik tempatan khususnya yang menjalin kerjasama dalam Gabungan Sabah (GS) untuk melakukan perubahan dalam senario politik di negeri ini.
  Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia termasuklah dalam membuat tuntutan hak rakyat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dilupakan kerajaan pusat.
  “Sudah pasti, rakyat di Sabah mahukan perubahan dan inginkan hak-hak yang diambil oleh kerajaan pusat dikembalikan kepada penduduk dinegeri ini.
  “Bagaimana untuk kita menuntut semua ini, sudah pasti apabila GS memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, kita akan bawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibentangkan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mini Konvensyen Hak-Hak Sabah di Dewan Terbuka Kampung Kaundo Kebatu disini, kelmarin.
  Majlis itu membabitkan lima kawasan Parlimen iaitu Parlimen Papar; Parlimen Kimanis; Parlimen Beaufort; Parlimen Sipitang dan Parlimen Labuan.
  Hadir sama pada majlis itu Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansur; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Arshad Abdul Mualap.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, pihaknya bersama GS juga akan menjadikan Labuan sebagai sebahagian daripada negeri Sabah.
  “Kita mempunyai gabungan yang kuat, kita tidak bersendiri dalam membuat tuntutan hak-hak rakyat dimana sebanyak empat parti politik berada dalam satu ‘kapal’ yang mempunyai visi dan misi yang sama.
  “Di pihak GS, kami sentiasa mengalu-alukan parti politik lain untuk bekerjasama namun ada yang ‘jual mahal’ untuk melaksanakan misi dan visi yang sama untuk rakyat Sabah, mereka lebih suka bersendiri,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya juga mahu ahli akar umbi khususya Harapan Rakyat untuk terus bekerja keras bagi mendekati rakyat disemua peringkat.
  “Ini termasuklah bertemu rakyat dan menerangkan visi misi parti selain manifesto yang akan dilaksanakan oleh GS kepada penduduk selepas PRU14.
  “Selain itu, kita tidak boleh menunggu DUN dibubar baru bekerja, tetapi kita harus bekerja dari sekarang,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, kaedah ‘bisik-bisik’ juga perlu digunapakai dalam semua kempen yang dibuat kepada rakyat setempat.
   “Dimana kita berada, tidak kira apa juga majlis, kita cuba laksanakan kaedah ‘bisik-bisik’ kepada rakyat, terangkan kepada mereka mengenai hala tuju Harapan Rakyat dan GS.

  “Saya yakin rakyat inginkan perubahan dan sudah pasti mereka akan menyokong kita pada PRU14 akan datang,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "GUNA KAEDAH 'BISIK-BISIK' KEPADA RAKYAT"