GABUNGAN SABAH (GS) AKAN LEBIH ADIL SOAL PENTADBIRAN
—
Ahad, 6 Ogos 2017
—
Add Comment
Tongod,6 Ogos: Parti politik
tempatan yang menjalin kerjasama menerusi Gabungan Sabah (GS) akan lebih adil
dalam soal pentadbiran apabila diberi peluang mentadbir kerajaan selepas
Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim
Ukin berkata, ia termasuklah pembahagian tugas kerajaan dan agensi kepada
individu layak dan tidak hanya dimonopoli oleh sesetengah pihak seperti pentadbiran
kerajaan sekarang.
“Saya ingin maklumkan bahawa, GS yang kini ada empat parti politik
yang diterajui oleh pemimpin tempatan akan lebih adil khususnya dalam
pembahagian tugas kerajaan dan agensi berkaitan.
“Tidak seperti kerajaan sekarang, ada sesetengah menteri memegang lebih
dari satu jawatan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mini Konvensyen
Hak-Hak Sabah di Kampung Sanan Tongod disini baru-baru ini.
Majlis itu membabitkan tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Ranau;
Beluran dan Kinabatangan.
Hadir sama pada majlis itu Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansur; Presiden
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti
Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat
Sabah (PPRS) Datuk Mohd Arshad Abdul Mualap.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pemimpin
gabungan mempunyai ramai individu bekelayakan dalam mentadbir kerajaan dan
agensi berkaitan kerajaan di Sabah.
“Kita tidak mahu seorang menteri memegang banyak jawatan penting, kita
perlu beri secara adil pada yang layak dan sudah pasti kita mahu pentadbir
kerajaan menjalankan tugas sebaiknya,”katanya.
Dalam perkembangan lain, Lajim berkata, pengalaman dirinya yang luas
dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pusat sebelum ini akan digunapakai dalam
pentadbiran GS apabila diberi mandat selepas PRU14 akan datang.
“Saya sudah pernah menjadi ahli kabinet diperingkat negeri dan pusat
sebelum ini, sudah pasti pengalaman yang ada akan saya gunakan dalam gabungan
jika kita diberi mandat rakyat pada PRU14 nanti,”katanya.
Terdahulu, pada majlis itu juga Lajim menerima sebanyak 1,720 borang
keahlian Harapan Rakyat daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut yang diserahkan Ketua
Bahagian Kuamut Mustapa Datuk Tambuyong
0 Response to "GABUNGAN SABAH (GS) AKAN LEBIH ADIL SOAL PENTADBIRAN "