Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

TIADA ISU LANTIK KETUA MENTERI DALAM PARTI GABUNGAN SABAH




Sipitang, 7 Ogos: Isu pelantikan Ketua Menteri Sabah tidak pernah timbul dalam kalangan parti komponen Gabungan Sabah (GS) sekiranya diberi mandat rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 akan datang.
  Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, amalan pelantikan jawatan nombor satu kerajaan negeri itu akan dilihat menerusi majoriti kerusi yang dimenangi oleh sebuah parti dalam GS.
  “Bagi Harapan Rakyat, kita tidak mempunyai masalah siapa sahaja yang dilantik, kita akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama, itu adalah amalan dalam GS.
  “Namun apa yang utama adalah perjuangan untuk mendapatkan hak-hak rakyat Sabah yang dilupakan oleh kerajaan pusat, itu adalah visi dan misi semua parti komponen dalam GS,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Presiden Harapan Rakyat di Kampung Tunggul Tinggi bersama Ketua Pusat Operasi (KPO) Bahagian Sipitang.
  Hadir sama, Naib Presiden 1 Patrick Sadom; Naib Presiden 3 Jaafar Ismail dan Pengerusi Penganjur Ibrahim Tuah.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya bersama rakan komponen dalam GS juga tidak pernah meminggirkan suku kaum di Sabah dalam mendapatkan hak rakyat di negeri ini.
  “Kita di GS bersikap adil, tidak kiralah dari segi pentadbiran kerajaan malah kita akan bersikap lebih adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di negeri ini.
  “Sudah pasti, parti tempatan khususnya di GS adalah platform terbaik untuk kita rakyat Sabah menuntut apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963(MA63),”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim turut meminta rakyat khususnya di Sabah menolak kepimpinan parti politik yang bukan ‘lahir’ di Sabah selain tidak mengikut telunjuk bagi menentukan hak rakyat negeri ini.
  Pada majlis itu, Lajim turut menerima borang keahlian bagi membentuk lapan cawangan baru di Sipitang.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "TIADA ISU LANTIK KETUA MENTERI DALAM PARTI GABUNGAN SABAH"