CALON MUDA DITAMPILKAN DILABUAN, ZIARAH KASIH SALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN
—
Khamis, 24 Ogos 2017
—
Add Comment
Oleh : Allen Herrdiyady Ja'afar
(Ketua Penerangan Labuan)
Labuan,24 Ogos : Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Labuan dijangka akan menampilkan calon muda pada
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang bagi membawa perubahan dan
pembangunan di kawasan ini.
Ketua Bahagian Harapan Rakyat Labuan Siti Zaleha SW Ibrahim berkata,
pihaknya juga yakin rakyat di Labuan inginkan perubahan dalam senario politik
termasuk pentadbiran kerajaan.
“Kita dapat lihat, keadaan ekonomi di Labuan khususnya dalam sektor minyak
dan gas dilihat semakin kritikal apabila hampir 10,000 pekerja dalam bidang
berkaitan hilang pekerjaan sejak 2015.
“Ini semua berlaku apabila kegawatan ekonomi dan harga minyak yang tidak
menentu diseluruh dunia,”katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas
menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Rancha-Rancha disini,
kelmarin.
Siti Zaleha berkata, kerajaan sedia ada tidak mengambil tindakan
proaktif dalam menyediakan ‘back up plan’ yang relevan bagi menangani masalah
yang dihadapi rakyat khususnya dalam bidang pekerjaan.
Katanya, peniaga di Labuan turut mengalami kerugian apabila kurangnya
kehadiran pengunjung khususnya pelancong luar selain kurangnya daya tarikan.
“Selain kurangnya pembangunan dan sumber pekerjaan di Labuan, peniaga
juga dilihat mencatat kerugian apabila ramai pekedai mula menutup premis
perniagaan mereka kerana kurangnya pelanggan yang berkunjung.
“Justeru, kita menyeru rakyat di Labuan untuk terus menyokong dan
memilih Harapan Rakyat sebagai orang ‘Yang Berkhidmat’ bagi menuntut hak rakyat
termasuk membawa pembangunan kepada masyarakat setempat,”katanya.
Menurutnya, pihaknya juga mahu rakyat membuka minda dan hati bagi
memberi peluang kepada Harapan Rakyat untuk memperjuangkan kesejahteraan dan
kemakmuran rakyat tempatan.
Terdahulu, pada majlis penyampaian sumbangan itu, Siti Zaleha bersama
rombongan menyampaikan sumbangan ikhlas berupa wang tunai dan pakaian kepada
mangsa, Sahri Abdul Majid,54.
Siti Zaleha berkata, sumbangan yang disalurkan diharap mampu meringankan
beban mangsa bersama isteri dan lima orang anaknya yang terselamat dari insiden
kebakaran.
“Pada
hari ini (kelmarin) kita berkesempatan menziarahi sebuah keluarga mangsa kebakaran
yang berlaku pada 17 Ogos lalu dimana saudara Sahri mengalami kelecuran di
bahagian belakang badan semasa menyelamatkan anaknya yang berusia 3 tahun,”katanya.
Tambahnya, sumbangan yang
disalurkan adalah sebahagian daripada ziarah kasih yang dilancarkan bahagian
iti pada April lalu.
0 Response to "CALON MUDA DITAMPILKAN DILABUAN, ZIARAH KASIH SALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN"