RAKYAT TERUS BERI SOKONGAN PENUH KEPADA HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH
—
Jumaat, 25 Ogos 2017
—
Add Comment
MAIJOL bersama sebahagian penduduk yang hadir pada majlis itu.
Oleh : Justin Wong
Kota Marudu,25 Ogos : Rakyat di
Sabah khususnya di daerah ini mula memberikan sokongan penuh terhadap
perjuangan,visi dan misi parti politik tempatan yang bergabung menerusi
Gabungan Sabah (GS).
Timbalan Pengerusi Dua Gabungan Muda Sabah (GEMA) Ir Jovilis Majami
berkata, ia terbukti apabila lebih 100 penduduk sekitar daerah ini menghadiri
Program Bicara Sabahan kali kedua yang berlangsung baru-baru ini.
“Pada mulanya kami hanya menyasarkan untuk golongan muda sahaja untuk
berkongsi pandangan dan mengetengahkan beberapa perkara mengenai hak Sabah
seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Namun kehadiran rakyat diluar jangkaan membuatkan kami memanjangkan
program terbabit sehingga jam 4 petang yang sepatutnya tamat jam 2 petang,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas program berkenaan
disini, baru-baru ini.
Jovilis
yang juga Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan
Rakyat) berkata, kehadiran penduduk setempat juga membuatkan lokasi penganjuran
di Pejabat Perhubungan Harapan Rakyat Kota Marudu turut sesak.
“Kita tidak mahu mengecewakan mereka yang hadir, kita memberi peluang
untuk mereka menyuarakan soalan termasuk permasalahan yang dihadapi dikawasan
mereka.
“Selain itu, sambutan yang diterima juga menunjukkan bahawa calon yang
bakal bertanding di kawasan ini akan berjaya memenangi kerusi bagi Parlimen
Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang,”katanya,
Jovilis yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Parti Harapan Rakyat
Sabah berkata ini juga merupakan satu petanda baik bagi parti Gabungan Sabah
untuk menang di kawasan ini pada pilihanraya akan datang kerana perjuangan
parti ini kena dihati masyarakat di kawasan ini iaitu untuk memperjuangkan
hak-hak rakyat Sabah dan masa depan anak-anak mereka.
Terdahulu,program yang dirasmikan Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk
Maijol Mahap itu turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian parti dalam GS Dewan
Undangan Negeri (DUN) Tandek dan DUN Matunggung.
Bicara Sabahan yang dianjurkan oleh GEMA ini dibahagikan kepada dua slot
iaitu Borneo Tea Party (BTP) dan Forum Pemuda yang mana BTP memberi penerangan
kepada MA63 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Satu GEMA Feddrin Tualing.
Manakala bagi Forum Pemuda dibarisi oleh finalis anak muda daripada
GEMA.
0 Response to "RAKYAT TERUS BERI SOKONGAN PENUH KEPADA HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH"