GOLONGAN MUDA DISARAN DAFTAR DIRI SEBAGAI PEMILIH
—
Isnin, 14 Ogos 2017
—
Add Comment
MOHD Khairul (kiri) bersama Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin dalam satu majlis mini konvensyen baru-baru ini.
Kinabatangan,14 Ogos: Pergerakan
Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Kinabatangan
menyeru rakyat khususnya golongan muda untuk mendaftar diri sebagai pemilih
melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha Pemuda Harapan Rakyat Kinabatangan Mohd Khairol Haswan
berkata, golongan muda di negeri ini adalah antara penyumbang kepada pembangunan
Sabah seterusnya menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan
datang.
“Seperti yang kita sedia maklum, Harapan Rakyat bersama rakan komponen
dalam Gabungan Sabah (GS) kini terus berjuang untuk mendapatkan semula hak-hak
rakyat Sabah yang dilupakan oleh kerajaan pusat melalui Perjanjian Malaysia
1963 (MA63).
“Namun bagi memastikan hak rakyat terus diperjuangkan, kita perlu
mengambil alih kerajaan sedia ada dan sudah pasti menyokong penuh kepimpinan
parti tempatan melalui GS,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Mohd Khairol berkata, pergerakan sayap parti khususnya pemuda perlu
terus melipatgandakan aktiviti mendekati golongan muda disemua peringkat.
“Ini perlu bagi memastikan sokongan golongan muda terhadap parti
tempatan terus mendapat tempat dihati rakyat dinegeri ini.
“Selain itu, pergerakan sayap parti juga perlu menjalin kerjasama erat
dengan pergerakan sayap parti lain dalam GS agar visi dan misi yang sama dapat
dicapai,”katanya.
Terdahulu, Mohd Khairol berkata, Harapan Rakyat khususnya di bahagian
ini terus mendapat sokongan golongan muda dan akan terus melipatgandakan
aktiviti kepada rakyat.
0 Response to "GOLONGAN MUDA DISARAN DAFTAR DIRI SEBAGAI PEMILIH"