KETUA PEMUDA BAHAGIAN PERLU PROAKTIF DEKATI GOLONGAN MUDA
—
Isnin, 14 Ogos 2017
—
Add Comment
IR JOVILIS MAJAMI
Oleh : Justin Wong
Kota Kinabalu,14 Ogos: Semua ketua Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) peringkat bahagian diminta untuk lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti mendekati golongan muda.
Kota Kinabalu,14 Ogos: Semua ketua Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) peringkat bahagian diminta untuk lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti mendekati golongan muda.
Ketua Pemuda Harapan Rakyat negeri Ir Jovilis Majami berkata, mereka
juga perlu sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Ketua Bahagian bagi
memastikan visi dan misi mendekati rakyat dapat dicapai sepenuhnya.
“Ketua Bahagian perlu memberi ruang dan peluang kepada ketua pemuda
mereka untuk melaksanakan aktiviti mendekati rakyat kerana mereka ini adalah
sebahagian dari jentera bahagian khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum
(PRU) akan datang.
“Justeru, saya berharap ketua bahagian dapat terus memantau dan
mendapatkan laporan aktiviti dari ketua pemuda pada setiap masa,” katanya,
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kursus Penulisan dan
Fotografi Harapan Rakyat disini baru-baru ini.
Jovilis berkata, ketua pemuda bahagian juga perlu menjalin kerjasama
dengan pergerakan sayap parti lain khususnya Pergerakan Wanita Muda dan
Pergerakan Wanita Harapan Rakyat.
“Ini perlu agar misi dan visi bagi mendekati rakyat diperingkat akar
umbi dapat tercapai seterusnya menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap parti.
“Kita semua memainkan peranan dan ada tanggungjawab untuk meningkatkan
kepercayaan rakyat terhadap parti,”katanya.
Terdahulu, kursus yang disertai lebih 20 ahli itu disempurnakan Presiden
Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin dan turut dihadiri oleh Ketua Penerangan
Karim Adam.
0 Response to "KETUA PEMUDA BAHAGIAN PERLU PROAKTIF DEKATI GOLONGAN MUDA"