RAKYAT PERLU TOLAK PARTI 'LUAR'
—
Ahad, 13 Ogos 2017
—
Add Comment
Kota Kinabalu,13 Ogos: Parti
Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama Gabungan Sabah (GS) masih terbuka
untuk bekerjasama dengan parti politik tempatan di negeri ini untuk menentukan
halatuju politik di Sabah.
Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kerjasama itu perlulah
mempunyai matlamat, visi dan misi yang sama dalam memperjuangkan hak-hak rakyat
Sabah selain tidak bergantung kepada parti ‘luar’.
“Ada kalangan pihak tertentu masih mempertikaikan kenapa kita (Harapan
Rakyat) tidak mahu bekerjasama dengan parti yang lain selain parti komponen GS.
“Ingin saya maklumkan bahawa, kita di GS sentiasa terbuka untuk
bekerjasama namun perlu mempunyai misi yang sama dan sudah pasti kita tidak
mahu bergantung kepada pimpinan parti yang datang dari Semenanjung,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikian Kursus Asas Penulisan
dan Fotografi di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini, kelmarin.
Hadir sama Ketua Penerangan negeri Karim Adam; Ketua Pemuda negeri
Jovilis Majami dan Ketua Wanita Muda Dayang Aezzy Liman.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata,
pihaknya tidak mahu ‘bergerak sendiri’ dalam memperjuangkan hak rakyat negeri
ini malah ingin bersatu dalam mengubah senario politik di Sabah.
“Jika dilihat, dalam apa juga program perjumpaan bersama rakyat, mereka
mahu perjuangan parti politik tempatan di Sabah dilipatgandakan agar kerajaan
sedia ada ditukar dengan pimpinan baru,”katanya.
Sementara itu, Lajim berkata, penulis yang terdiri dari ahli parti
mempunyai peranan penting dalam menyebarluas dasar hala tuju kepimpinan parti.
“Kita adalah sebuah parti baru dan sudah pasti belum semua mengenali
parti kita, justeru anda sebagai ahli dan juga penulis kepada parti mempunyai
tanggungjawab untuk membantu menyebarkan maklumat penting kepada rakyat.
“Walaubagaimanapun, dalam sebuah penulisan, kita perlu ada fakta yang
kukuh agar penulisan itu diyakini oleh rakyat,”katanya.
Terdahulu, Lajim berkata, kursus
yang diadakan mampu memberi sumber aspirasi kepada peserta terlibat bagi
menambah ilmu dalam bidang penulisan.
0 Response to "RAKYAT PERLU TOLAK PARTI 'LUAR'"