Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMBANGKANG SABAH TIDAK SATU HATI



Kota Kinabalu,10 Ogos:  Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin tidak menafikan wujud situasi seolah-olah parti pembangkang di negeri ini tidak bersatu hati serta tiada kerjasama kerana mengikut haluan masing-masing serta manifesto yang berbeza.
  Tidak seperti BN, Lajim berkata, walaupun BN mempunyai 14 parti komponen, namun  parti itu bergerak sebagai satu pasukan dengan menampilkan logo, dasar, dan manifesto yang sama kepada rakyat.
  "Parti pembangkang di Sabah masing-masing dengan manifesto mereka. Rakyat akan keliru mana satu manifesto (yang) baik. BN ada satu manifesto sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dun Sabah di sini kelmarin.
  Lajim yang juga Adun Klias itu berkata, usaha ke arah menyatupadukan dan membentuk persefahaman antara parti pembangkang di Sabah sentiasa dilakukan, namun, ia masih bergantung kepada penerimaan dan kesediaan pihak-pihak yang berkaitan. 
  "Jangan ada yang lain ada matlamat lain..  mahu jadi ketua menteri..  kalau menang mesti jadi ketua menteri, ini matlamat apa?," katanya.
   Lajim berkata, tiada kerjasama dan tidak bersatu hati itu lebih jelas apabila ada parti pembangkang Sabah yang sudah mengumumkan untuk bertanding di 73 kawasan DUN dan 25 kawasan Parlimen.
  "Ini akan merugikan kerana keyakinan rakyat hilang kepada pembangkang sebab kalau kita bertanding empat atau lima (calon) dalam satu kawasan, BN cuma (letak) satu (calon), kita (pembangkang) pecah undi. Rakyat akan berfikir, macam mana kami (mahu) sokong, kamu (pembangkang) tidak bersatu," katanya.
  Dalam perkembangan lain, Lajim berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Parti Warisan Sabah memohon penjelasan berhubung isu sebuah klip video yang mendakwa beliau seperti menuduh Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai 'mastermind' dalam isu dokumen palsu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

  Klip video itu didakwa dirakam dalam sebuah ceramah Lajim di Kinabatangan, baru-baru ini. - Bernama

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMBANGKANG SABAH TIDAK SATU HATI "