MEREKA EJEN MALAYA?
—
Ahad, 20 Ogos 2017
—
Add Comment
Beaufort,20 Ogos: Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menganggap parti politik tempatan yang ‘enggan’
bekerjasama bersama Gabungan Sabah (GS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)
ke14 akan datang adalah sebagai ‘Ejen Malaya’.
Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama
GS sentiasa ‘membuka pintu’ dan peluang kepada parti tempatan untuk menjalin
kerjasama sejak beberapa bulan yang lalu.
“Misi utama kita di GS adalah untuk menumbangkan kerajaan sedia ada
khususnya di Sabah seterusnya mengubah senario politik dengan memastikan PRU
akan datang berlaku pertandingan satu lawan satu.
“Walaubagaimanapun, ada beberapa parti enggan bekerjasama dengan kita,
mereka ini boleh dikatakan sebagai ‘Ejen Malaya’ selain ingin bergerak
sendiri,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Taklimat Persiapan
PRU14 bersama Ketua-Ketua Pusat Operasi (KPO) di Bilik Mesyuarat Kampung Kaundo
Kebatu disini, kelmarin.
Hadir sama, Naib Presiden 1 Patrick Sadom; Naib Presiden 2 Datuk James
Ghani dan Ketua Penerangan Karim Adam
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata,
pemimpin akar umbi khususnya di Harapan Rakyat perlu mempunyai keyakinan dan
kekuatan dalam setiap perjuangan untuk empertahankan hak rakyat Sabah.
“Jika ada parti politik tempatan enggan bekerjasama dengan kita bagi
menghadapi PRU nanti, kita tidak boleh buat apa, kita tetap akan lawan mereka
dan sudah pasti, misi kita di GS adalah mahu mengubah senario politik di negeri
ini,”katanya.
Dalam pada itu, Lajim turut berharap agar parti politik yang ‘lahir’ di
Semenanjung untuk tidak bertanding di Sabah pada PRU akan datang.
“Parti yang datang dari Semenanjung sewajarnya memberi peluang kepada
parti tempatan untuk bertanding pada PRU akan datang kerana jika menang, parti
tempatan ini akan menyumbang kepada pembentukan kerajaan pusat,”katanya.
Terdahulu, Lajim turut berharap semua jentera parti Harapan Rakyat untuk
terus bersedia dalam pelbagai aspek bagi menghadapi PRU yang akan diadakan
bila-bila masa
“Kita tidak tahu bila akan diadakan PRU, namun semua jentera parti perlu
bersiap sedia dari sekarang,”katanya.
* Mohon letak kredit atau sumber jika ingin menggunakan bahan berita ini untuk ruangan blog anda. Terima Kasih
0 Response to "MEREKA EJEN MALAYA?"