LAJIM PILIH SIKAP TERBUKA, DIPILIH SEMULA SEBAGAI KETUA BAHAGIAN
—
Ahad, 1 Oktober 2017
—
Add Comment
Beaufort,01
Oktober: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin memilih
untuk sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada dengan pelbagai tohmahan dan
fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Katanya, ia termasuklah isu kebankrapan yang
diisytiharkan kepadanya oleh Mahkamah Tinggi pada 14 September lalu yang
sentiasa ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab meskipun notis
kebankrapan sudah dibatalkan pada 21 September lalu.
“Sebagai ‘orang lama’ dalam arena politik
yang hampir menjangkau usia lebih 30 tahun ini, saya tidak pernah berkecil hati
dengan fitnah,tohmahan atau perkara yang boleh melemahkan semangat perjuangan
saya.
“Namun apa yang ditularkan itu sudah pasti
tidak akan merugikan saya, bukan saya sahaja yang boleh dikenakan bankrap,
mungkin juga orang lain akan terkena selepas ini, kita tidak tahu,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media
selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Bahagian Kali Pertama Bahagian Beaufort
di Dewan Terbuka Kampung Kaundo disini, hari ini.
Majlis mesyuarat itu dirasmikan Timbalan
Presiden 1 Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Maijol Mahap.
Pada mesyuarat itu, Lajim turut dipilih
semula menjadi Ketua Bahagian Harapan Rakyat bahagian Beaufort menerusi usul
khas dikemukakan dan disokong penuh oleh perwakilan yang hadir.
Katanya, isu kebankrapan itu juga tidak akan
menjejaskan mental dan kekuatan dirinya untuk meneruskan perjuangan kepada
rakyat negeri ini.
Sementara itu, Lajim merakamkan penghargaan
kepada semua perwakilan Harapan Rakyat Beaufort atas pemilihan semula menjadi
Ketua Bahagian menerusi usul khas yang dikemukakan pada mesyuarat berkenaan.
“Seperti yang sudah dimaklumkan oleh Datuk Maijol
sebelum ini, terdapat beberapa seksyen yang tidak perlu untuk mengadakan
perkara ini iaitu membuat usul pemilihan semula namun ini adalah sebagai
persiapan agar tidak ada pihak yang membuat tuduhan atau fitnah.
“Justeru, apa yang dilakukan menerusi
mesyuarat ini, ia tidak akan menjejaskan kedudukan saya sebagai Ketua Bahagian
mahupun presiden parti yang turut diusulkan pada persidangan agung tahunan pada
26 Oktober depan,”katanya.
Dalam perkembangan lain, Lajim berkata,
pihaknya sudah menjelaskan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah
berhubung isu kebankrapan yang sudah dibatalkan sebelum ini.
“Saya serahkan kepada kebijaksanaan Speaker
DUN Sabah untuk menentukan kedudukan saya sebagai ADUN, namun saya yakin tidak
akan kehilangan kelayakan berdasarkan
peraturan yang sedia ada.
“Namun saya masih menyerahkan budi bicara
Speaker DUN sabah untuk menentukan kedudukan di DUN Sabah,”katanya.
0 Response to "LAJIM PILIH SIKAP TERBUKA, DIPILIH SEMULA SEBAGAI KETUA BAHAGIAN"