Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

WANITA MUDA HARAPAN RAKYAT SASAR SEORANG 'YANG BERKHIDMAT' SELEPAS PRU14



Beaufort, 02 Oktober: Pergerakan Wanita Muda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menyasarkan sekurang-kurangnya seorang wakil rakyat dari golongan wanita muda akan menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  Ketua Pergerakan Wanita Muda Harapan Rakyat, Dayang Aezzy Liman berkata, ia adalah bagi memastikan suara dan kehendak rakyat khususnya golongan muda dari kalangan wanita dapat disuarakan dalam persidangan DUN Sabah.
  “Seperti yang kita sedia maklum, senario politik kini sudah berbeza berbanding sebelum ini dimana golongan muda inginkan banyak perubahan terutama dari segi pembangunan dan sektor pekerjaan.
  “Justeru, kami berhasrat sekurang-kurangnya seorang ‘Yang Berhormat’ (YB) dari pergerakan ini akan duduk di kerusi DUN Sabah bagi berkhidmat kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Muda disini, baru-baru ini.
  Hadir sama, Setiausaha Wanita Muda Negeri, Zuraidah Asat.
  Dayang Aezzy berkata, pembabitan golongan muda dalam arena politik juga mampu menyeimbangkan pentadbiran golongan veteran dan wanita muda.
  “Di peringkat Wanita Muda, kita penuh dengan idea-idea yang baru, bernas dan bersifat kritis tapi kurang pengalaman.
  “Namun dengan adanya golongan veteran yang berpengalaman, sudah pasti gandingan mantap ini mampu dieratkan melalui kerjasama dengan ‘orang lama’,”katanya.
  Sementara itu, Dayang Aezzy berkata, golongan muda yang mahu berkecimpung dalam arena politik perlu melihat kepada kepimpinan parti yang disertai.
  “Saya menyertai Harapan Rakyat selepas melihat rekod baik dan bersih Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Lajim Ukin yang berpengalaman luas dalam arena politik.
  “Kita juga dapat lihat beliau (Lajim) merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mudah untuk didekati rakyat tanpa sebarang protokol,”katanya.
 

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "WANITA MUDA HARAPAN RAKYAT SASAR SEORANG 'YANG BERKHIDMAT' SELEPAS PRU14"