JENTERA PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH PERLU FOKUS HADAPI PRU14
—
Isnin, 2 Oktober 2017
—
Add Comment
Oleh
: Justin Wong
Beaufort,02
Oktober: Semua jentera Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dipelbagai
peringkat perlu terus fokus bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14)
yang dijangka dilaksanakan pada bila-bila masa.
Ketua Bahagian Harapan Rakyat Beaufort Datuk
Seri Lajim Ukin berkata, jentera parti juga perlu mempunyai kesatuan dan
bersatu dalam perjuangan bagi memastikan sokongan rakyat terus kukuh.
“Kita perlu bekerjasama bagi meraih
kemenangan, bukan sahaja kemenangan kepada parti atau pemimpin namun apa yang
paling utama ialah kemenangan kepada rakyat Sabah yang perlu kita bela.
“Perjuangan di Harapan Rakyat juga tidak
berteraskan kepada satu bangsa atau agama sahaja tapi ia merangkumi semua kaum
di Sabah,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Sayap Pemuda, Wanita dan Wanita Muda Harapan
Rakyat disini, baru-baru ini.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Klias berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang
diberikan kepadanya berikutan isu notis kebankrapan yang diterimanya baru-baru
ini.
“Saya beri keyakinan kepada semua ahli dan
penyokong parti, anda semua tidak perlu risau atau gelisah, semangat dan
perjuangan saya tidak pernah terjejas ekoran isu kebankrapan yang saya terima
baru-baru ini.
“Semuanya sudah selesai, kedudukan saya
sebagai ADUN juga masih kekal manakala kelayakan bertanding pada PRU akan
datang juga tidak menjadi isu,”katanya.
0 Response to "JENTERA PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH PERLU FOKUS HADAPI PRU14"