HAMPIR 1,000 PERWAKILAN DAN PEMERHATI DIJANGKA HADIR PERSIDANGAN
—
Jumaat, 20 Oktober 2017
—
Add Comment
Oleh : Terrence Yong
Kota Kinabalu,20 Oktober : Seramai
hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan
Rakyat) dari 24 buah bahagian di seluruh Sabah dan Labuan akan menghadiri
Persidangan Agung Perwakilan Tahunan kali pertama 26 Oktober ini.
Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap berkata, beberapa
usul akan dibentangkan pada persidangan itu termasuklah pindaan logo yang akan
diseragamkan dengan bendera parti.
“Keseragaman logo dan bendera parti ini akan lebih menonjol dan dominan
selain mudah untuk dikenali oleh masyarakat dan rakyat Sabah secara umumnya.
“Perkara ini juga sudah dibincangkan dan diluluskan oleh Ahli Majlis
Tertinggi (AMT) selain turut mendapat sokongan penuh dari para penyokong setia
parti,”katanya dalam satu kenyataan disini, kelmarin
Maijol yang juga Pengerusi Pelaksana persidangan berkata, pihaknya juga
akan menggunakan singkatan ‘HR’ selain turut menggunakan ‘Harapan Rakyat’.
“Meskipun baru mencapai usia setahun, keperluan untuk mengubahsuai
pindaan-pindaan dalaman parti perlu demi kemantapan dan penambahbaikan parti,”katanya.
Dalam pada itu, Maijol berkata, persidangan itu dijangka akan dirasmikan
oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias yang juga Presiden Harapan Rakyat,
Datuk Seri Lajim Ukin seterusnya menyampaikan ucapan dasar.
“Beliau (Lajim) akan menyentuh pelbagai isu politik, sosial dan ekonomi
yang dihadapi rakyat Sabah masa kini.
“Selain itu, beliau juga akan menghuraikan komitmen parti dalam
memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat Sabah dalam federasi Malaysia,”katanya.
Sementara itu, Maijol berkata, pihaknya juga akan turut mengadakan
Majlis Makan Malam Ulangtahun pertama penubuhan parti pada 25 Oktober ini.
“Selain makan malam, pergerakan tiga sayap parti juga akan turut
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing pada sebelah petang (25
Oktober),”katanya
Terdahulu, persidangan dan majlis makan malam akan berlangsung di Hotel
Likas Square Apartment.
0 Response to "HAMPIR 1,000 PERWAKILAN DAN PEMERHATI DIJANGKA HADIR PERSIDANGAN"