PEMUDA HARAPAN RAKYAT BIDAS KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN
—
Khamis, 16 November 2017
—
Add Comment
Jovilis (Gambar Kecil)
Kota Kinabalu,16 November: Pergerakan
Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membidas kenyataan Menteri
Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin yang menyatakan parti pembangkang di
Sabah umpama saudagar mimpi yang hanya menjual janji palsu.
Ketua Pergerakan Harapan Rakyat Jovilis Majami berkata, kenyataan itu
dilihat hanya untuk ‘membodek’ rakyat Sabah untuk terus memilih Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Parti kerajaan yang diterajui BN itu kini sudah tidak mendapat tempat
di hati rakyat di Semenanjung sejak dua PRU yang lalu tetapi masih berkuasa
disebabkan oleh undi rakyat Sabah dan Sarawak.
“Kita juga dapat lihat, mereka ini khususnya BN mula resah apabila
rakyat Sabah mula menolak kerajaan sedia ada dan ingin perubahan dalam senario
politik tempatan,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Jovilis berkata, Sabah juga masih dikategorikan sebagai negeri termiskin
di Malaysia meskipun pelbagai pembangunan dilaksanakan dibawah pentadbiran Ketua
Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Perdana Menteri Dtauk Seri Najib Razak.
“Masalah utama rakyat Sabah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan
ketika ini ialah Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak dipatuhi oleh kerajaan
persekutuan sehinggakan kita kehilangan kuasa untuk mentadbir wilayah Sabah
berasaskan acuan sendiri.
“Masalah seperti kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), masalah
tanah dan pelbagai isu lain sebenarnya inilah masalah utama rakyat Sabah yang
harus diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah,” katanya.
Katanya peruntukan daripada Perdana Menteri yang dikatakan sangat besar
untuk Sabah adalah disebabkan kerajaan takut akan kehilangan sokongan dari
Sabah dan bukannya berbentuk keikhlasan seperti yang didakwa.
“Mereka perlukan kita kerana mereka lemah di Semenanjung tetapi apabila
mereka kuat di sana kita di Sabah ini dilihat seperti sampah yang tidak
berguna”.
“Sekiranya Perdana Menteri betul-betul ikhlas kepada rakyat Sabah kenapa
beliau tidak kembalikan sahaja autonomi Sabah ini seperti yang termaktub dalam
MA63”.katanya.
0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT BIDAS KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN"