PERPADUAN & KEHARMONIAN KAUM PERLU DIPERTAHANKAN
—
Isnin, 6 November 2017
—
Add Comment
Oleh : Justin Wong
Beaufort,6 November: Perpaduan dan
keharmonian kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah harus dipertahankan
oleh semua rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik semasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata,
faktor itu akan menjadi penyumbang utama kepada keamanan dan pembangunan negara
sejak mencapai kemerdekaan hingga kini.
“Perpaduan merupakan ramuan yang penting bagi mewujudkan keharmonian
dalam kalangan rakyat di negara ini khususnya di Sabah yang mempunyai pelbagai
kaum dan berbeza anutan agama.
“Bagi diri saya sendiri, perjuangan dan kepimpinan saya kepada rakyat
selama lebih 30 tahun ini tidak pernah memilih bangsa atau agama, saya dipilih
oleh rakyat dan saya perlu bekerja untuk semua rakyat khususnya di Klias dan
Beaufort,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan
kerusi bagi persiapan menyambut Hari Krismas di Dewan Gereja St Valentine
disini, kelmarin.
Hadir sama, isterinya Datin Seri Normilah Siong.
Lajim yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)
berkata, pihaknya akan terus memberi khidmat terbaik termasuk ‘bersuara’ kepada
kerajaan untuk rakyat di Parlimen Beaufort selagi diberi sokongan.
“Selagi rakyat (di Beaufort) memberi sokongan kepada saya, sudah pasti
saya akan terus memberi khidmat terbaik untuk rakyat di sini dan tidak akan
mengecewakan harapan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka.
“Perjuangan saya dan anda semua khususnya dalam (parti) Harapan Rakyat
bukan untuk kita sahaja, tapi perjuangan ini adalah untuk cucu cicit kita pada
masa akan datang,”katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, Lajim turut menyampaikan sumbangan keperluan
harian kepada warga emas dan ibu tunggal yang hadir.
Pada majlis itu juga, Lajim turut berjanji akan menyumbangkan dana bagi membiayai sambutan perayaan Hari Krismas bulan depan.
"Setiap tahun menjelang Hari Krismas, saya akan menyumbang sedikit dana untuk sambutan Hari Krismas sama seperti yang saya berikan tahun-tahun sebelum ini,"katanya.
Pada majlis itu juga, Lajim turut berjanji akan menyumbangkan dana bagi membiayai sambutan perayaan Hari Krismas bulan depan.
"Setiap tahun menjelang Hari Krismas, saya akan menyumbang sedikit dana untuk sambutan Hari Krismas sama seperti yang saya berikan tahun-tahun sebelum ini,"katanya.
0 Response to "PERPADUAN & KEHARMONIAN KAUM PERLU DIPERTAHANKAN"