TERUS BELA NASIB RAKYAT
—
Selasa, 28 November 2017
—
Add Comment
Foto : Md Faizizi Maidin
Papar,28
November: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus berjuang
bersama parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) bagi membela nasib rakyat di negeri
ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin
berkata, pihaknya bersama GS akan berlaku adil dan saksama kepada rakyat Sabah
dan tidak akan mengikuti cara pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sebagai pejuang parti, saya ingin
mengingatkan kepada semua ahli khususnya di Harapan Rakyat untuk sedia berkorban
dan berjuang untuk rakyat yang terus ‘dianaktirikan’ oleh kerajaan sedia ada.
“Apa yang pasti, Harapan Rakyat bersama GS
mahu landskap politik dinegeri ini diubah kepada sebuah kerajaan yang adil dan
saksama selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Kursus Pengurusan Pilihanraya kali keempat di salah sebuah pusat peranginan di
sini, baru-baru ini.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Klias berkata, ahli parti disemua peringkat juga perlu bersatu dalam
menangani isu fitnah dan tohmahan yang dilemparkan dari pihak yang tidak
bertanggungjawab.
“Dalam
dunia politik, kita tidak nafikan akan berdepan dengan pelbagai isu, fitnah dan
tohmahan dari pihak tertentu yang dengki dengan cara kepimpinan parti kita.
“Justeru, ingin saya mengingatkan kepada
semua ahli dipelbagai peringkat untuk bersatu menyelesaikan apa juga masalah
dihadapi dengan segera dan holistik,”katanya.
Dalam pada itu, Lajim turut mengingatkan ahli
parti untuk mengamalkan sikap amanah dalam melaksanakan tugas diberikan
khususnya jentera Pilihan Raya parti.
Terdahulu, beliau turut merakamkan
penghargaan kepada semua peserta kursus yang hadir kerana berjaya melaksanakan
tugas diberikan selain mampu menyahut seruan parti.
0 Response to "TERUS BELA NASIB RAKYAT"