LAUNG KEYAKINAN UNTUK ATASI MASALAH RAKYAT
—
Ahad, 3 Disember 2017
—
Add Comment
Oleh :Md Faizizi Maidin
Sipitang,3 Disember : Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus melaungkan keyakinan untuk membantu
mengatasi masalah yang dihadapi rakyat didaerah ini apabila diberi mandat
selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.
Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama
parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) mempunyai pelbagai teras perjuangan
yang mampu membantu menaikkan taraf hidup rakyat negeri ini.
“Kita dapat lihat, pelbagai isu yang dihadapi rakyat disini seperti
bekalan elektrik, air, peluang pekerjaan yang kurang dan pelbagai isu lain masih
belum dapat diatasi oleh kerajaan sedia ada.
“Justeru, jika kita bersama parti tempatan dalam GS diberi mandate selepas
PRU14 nanti, sudah tentu kita akan atasi masalah ini melalui teras perjuangan
yang sudah ditetapkan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan
Santai bersama Presiden di Kampung Malamam disini, kelmarin.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya
juga mahu berjuang untuk rakyat Sabah selain mahukan kesamarataan pembangunan
seperti yang diperoleh rakyat di Semenanjung.
“Sabah sebuah negeri yang kaya dengan Minyak dan Gas serta pelbagai
khazanah lain, namun pembangunan di negeri ini masih kurang membangun
berbanding di Semenanjung.
“Justeru itu, kita akan terus berjuang bersama rakan parti tempatan
dalam GS untuk memperjuangkan hak Sabah seperti yang terkandung dalam
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.
Terdahulu, Lajim turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang
hadir pada majlis itu yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai misi, visi
dan wawasan Harapan Rakyat.
“Apa yang kita mahu dalam perjuangan membela nasib rakyat di Sabah
adalah kualiti dan bukanlah kuantiti semata-mata,”katanya.
Pada majlis itu, Lajim turut menerima borang keahlian bagi cawangan SFI
dan Tanjung Pagar.
0 Response to "LAUNG KEYAKINAN UNTUK ATASI MASALAH RAKYAT"