PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERSOAL TINDAKAN KPM TAMATKAN KHIDMAT PEMBANTU TADBIR SAMBILAN
—
Selasa, 6 Jun 2017
—
Add Comment
Kota Kinabalu : Pergerakan Pemuda
Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mempersoal tindakan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang menamatkan khidmat lebih 800 Pembantu Tadbir
Sambilan di negeri ini pada 2013.
Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Ir Jovilis Majami berkata,
pihaknya turut mempersoal tindakan KPM yang meneruskan khidmat perjawatan sama
di Melaka dan Kedah dibawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG).
“Pihak kami ingin tahu, kenapa perjawatan yang rata-rata diisi oleh anak
jati Sabah ini ditamatkan pada tahun yang sama namun diteruskan di dua negeri
di Semenanjung.
“Pada tahun berkenaan juga adalah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan ia
dilihat sebagai usaha kerajaan memancing undi khususnya dari Sabah,”katanya
dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Jovilis berkata, alasan kekurangan dana dilihat sebagai tidak munasabah
berikutan prestasi kewangan negara yang terus meningkat hasil kutipan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 2015.
“Berdasarkan anggaran kasar yang dikeluarkan oleh kerajaan Sabah,
sumbangan Sabah ke atas kerajaan persekutuan adalah lebih kurang 42 bilion dan
ini adalah sumbangan terbesar di kalangan negeri di Malaysia.
“Kami difahamkan, kumpulan lebih 800 individu yang ditamatkan
perkhidmatan ini sudah membuat rayuan sebanyak dua kali di Putrajaya selain
bertemu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi namun belum
menerima jawapan mengembirakan,”katanya.
Dalam pada itu, Jovilis berkata, kumpulan itu juga turut membuat
pinjaman kewangan ketika berkhidmat.
“Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat untuk membayar pinjaman terbabit
selepas diberhentikan sehingga kini dan ia menyukarkan untuk meneruskan kehidupan
harian.
“Justeru itu, sudah tiba masanya seluruh rakyat Sabah menilai kerajaan
yang ada sekarang untuk memperjuangkan nasib rakyat,”katanya.
Jovilis turut berharap agar rakyat Sabah akan memberi sokongan penuh
kepada Harapan Rakyat dan rakan Gabungan Sabah (GS) pada Pilihan Raya Umum ke
14 (PRU14) akan datang.
“Sudah pasti matlamat GS ini adalah untuk mendapatkan autonomi Sabah
bagi memastikan seluruh rakyat Sabah
akan terbela,”katanya.
tamat
0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERSOAL TINDAKAN KPM TAMATKAN KHIDMAT PEMBANTU TADBIR SAMBILAN"