WUJUDKAN PERSAMAAN DAN PERSEFAHAMAN DALAM AGENDA PERJUANGAN
—
Selasa, 6 Jun 2017
—
Add Comment
Lajim bersama sebahagian ahli Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang turut hadir pada majlis itu.
Kota
Kinabalu,6 Jun: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu parti politik
khususnya di Sabah mewujudkan sikap persamaan dan persefahaman dalam agenda
perjuangan di negeri ini selain tidak mempunyai sifat monopoli.
Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, perjuangan
pihaknya menerusi Gabungan Sabah (GS) sentiasa inginkan keadilan dan
kesaksamaan dalam memperjuangkan hak rakyat negeri ini seperti yang terkandung
dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Sudah pasti kita mahu keadilan dan wujudkan
Terma Rujukan (TOR) bagi membentuk kerjasama yang baik sebelum Pilihan Raya
Umum (PRU) atau selepas PRU.
“Masing-masing mengaku kuat, masing-masing
buat siri jelajah dan sudah pasti, kita juga ada buat perkara sama,”katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan
Parti Warisan Sabah yang menyatakan parti itu mendapat sokongan kuat daripada
rakyat selepas menghadiri Upacara Memperingati Ulangtahun ke-41 Tragedi Double
Six di Tugu Peringatan Double Six di Sembulan disini hari ini.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Klias berkata, subjek penerimaan rakyat terhadap perjuangan GS dan
matlamat asal adalah melaungkan 'Sabah for Sabahan' yang mana perkara yang sama turut dilaungkan
mereka (Parti Warisan Sabah).
“Tapi sebelum ini apakah laungan mereka dan
subjeknya adalah bagaimana penerimaan rakyat kepada perjuangan itu,"
katanya.
Menurutnya, kerajaan yang ada kini akan
sentiasa mempertahankan polisi mereka dan perkara itu menjadi cabaran kepada GS
Tambahnya, parti komponen GS akan terus
berjuang bagi menegakkan keadilan kepada rakyat Sabah, memenuhi tuntutan akar
umbi dalam apa juga subjek dalam MA63 dan juga perkara yang dipersetujui oleh
pemimpin terdahulu.
"Kita memperjuangkan keadilan sejagat,
sebagai rakyat Malaysia, kita di Sabah juga perlu ada keadilan yang sama
seperti negeri lain di negara ini.
"Saya percaya ini akan menjadi kenyataan
apabila rakyat mengetahui perjuangan kita, saya ingin menyatakan di sini bahawa
ramai dalam kalangan pemimpin lama dan kalangan pesara kerajaan bersama kita
dalam perjuangan ini," katanya.
Katanya, meskipun tidak memegang apa-apa
jawatan dalam GS atau di mana-mana parti komponen GS, mereka akan berjuang
bersama gabungan bagi menegakkan keadilan.
0 Response to "WUJUDKAN PERSAMAAN DAN PERSEFAHAMAN DALAM AGENDA PERJUANGAN "