WANITA GABUNGAN SABAH GANDING BAHU PASTIKAN CALON PRU14 MENANG
—
Ahad, 23 Julai 2017
—
Add Comment
Kota Kinabalu, 23 Julai: Wanita
Gabungan Sabah (GS) akan berganding bahu dan memperkukuhkan kerjasama bersama
pergerakan sayap parti dalam gabungan bagi memastikan kemenangan calon pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi Wanita GS Datin Seri Normilah Siong berkata, matlamat dan
manifesto yang sama antara rakan gabungan membuatkan pergerakan wanita empat
parti itu menubuhkan satu kumpulan iaitu Wanita GS.
“Objektif dan matlamat kita dalam Wanita GS adalah sama seperti gabungan
yang diterajui oleh Datuk Mohd Noor Mansor yang inginkan kemenangan pada PRU14
seterusnya menubuhkan kerajaan yang baru.
“Selain itu, kita juga mahu menuntut hak rakyat Sabah seperti yang
terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimana ia ‘dianaktiri’ oleh
kerajaan pusat,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Wanita Gabungan
Sabah (GS) di Ibu Pejabat Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) disini,
kelmarin.
Kumpulan itu turut dianggotai isteri Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datin Cecilia E Kitingan;isteri Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datin Seri Stella Yong dan isteri Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datin Masnah Omar.
Kumpulan itu turut dianggotai isteri Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datin Cecilia E Kitingan;isteri Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datin Seri Stella Yong dan isteri Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datin Masnah Omar.
Normilah berkata, wanita GS juga akan memberikan keutamaan kepada
permasalahan wanita bandar dan luar bandar selain tekanan dan bebanan khusus kepada penjawat awam wanita.
“Selain itu, kita juga akan memastikan pengangguran dan penghijrahan
golongan belia kebandar malah keluar negara juga akan dapat dikurangkan.
“Bagi meningkatkan sumber ekonomi rakyat, kita akan membantu untuk
memperluaskan industri pertanian, pelancongan dan sebagainya yang membabitkan
golongan wanita,”katanya.
Dalam pada itu, Normilah berkata, penubuhan wanita GS turut bermatlamat
untuk membentuk kerajaan Sabah yang lebih telus dan bersih seperti yang
diinginkan oleh parti yang bergabung dalam GS.
“Kita juga dapat lihat, keyakinan rakyat kepada kerajaan sedia ada
semakin berkurangan disebabkan beberapa dasar kerajaan yang menyusahkan rakyat.
“Selain itu, wanita GS juga akan turut membantu memulihkan hak-hak dan
autonomi penuh Sabah,”katanya.
0 Response to "WANITA GABUNGAN SABAH GANDING BAHU PASTIKAN CALON PRU14 MENANG"