PEMUDA HARAPAN RAKYAT CADANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK SABAH DITUBUHKAN
—
Selasa, 29 Ogos 2017
—
Add Comment
Kota Kinabalu,29 Ogos: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah
(Harapan Rakyat) mencadangkan sebuah agensi Tabung Pendidikan khas ditubuhkan
bagi membantu anak tempatan Sabah melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan.
Timbalan Ketua Pemuda Harapan
Rakyat Sabah Ismail Norazman berkata, meskipun pelbagai bantuan dan tabung
pendidikan dilaksanakan kerajaan namun ia dilihat masih memberi bebanan kepada
graduan selepas tamat pengajian.
“Ini kerana ruang dan peluang
pekerjaan kepada anak tempatan khususnya di Sabah masih kurang menyebabkan
graduan yang terbabit gagal untuk melunaskan wang pinjaman melalui agensi
berkenaan seterusnya menyebabkan mereka dibebani hutang ribuan ringgit.
“Justeru, Pemuda Harapan Rakyat
mencadangkan agar sebuah agensi Tabung Pendidikan Khas Pelajar Sabah ditubuhkan
dan dana yang disalurkan perlu diutamakan dengan jumlah yang mampu menampung
perbelanjaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika
menyampaikan ucapan usul pada Majlis Konvensyen Hak-Hak Sabah disini, baru-baru
ini.
Ismail yang juga Ketua Pemuda
Harapan Rakyat Sepanggar berkata, industri dan perusahaan dalam pelbagai bidang
juga perlu ditambah di setiap residensi yang bakal diwujudkan bagi memberi anak
Sabah menabur bakti di kawasan masing-masing.
“Disamping itu, bagi usahawan
muda yang mempunyai potensi besar berjaya menjadi jutawan baru, satu tabung dan
dana Usahawan Muda Anak Sabah perlu diwujudkan dengan menyediakan dana sejumlah
RM50,000 tanpa bayaran balik.
“Peniaga atau usahawan perlulah
benar-benar mencapai piawaian yang tinggi untuk diberikan dana tersebut,”katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata,
golongan muda di Sabah komited untuk membangunkan negeri ini dengan sokongan
dan galakan kerajaan yang lebih adil selain berwawasan memajukan negeri setanding
negara luar.
“Sudah pasti, bagi pihak Pemuda
Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah (GS), kami inginkan sebuah kerajaan baru yang
diterajui oleh parti tempatan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan
datang,”katanya.
0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT CADANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK SABAH DITUBUHKAN"