PERPADUAN PELBAGAI KAUM DISABAH PERLU TERUS DIPELIHARA
—
Selasa, 12 Disember 2017
—
Add Comment
Oleh : Justin Wong
Beaufort, 12 Disember : Perpaduan
dan kepelbagaian suku kaum, budaya serta kepercayaan agama di Sabah adalah aset
penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, keharmonian
serta warna warni seni budaya di Sabah menjadikan negeri ini unik dan istimewa.
“Meskipun kita semua berlainan agama, namun kita adalah bangsa Sabah,
keharmonian dan kesejahteraan antara kaum tidak akan dapat dipisahkan atau
dipertikaikan lagi sejak dahulu lagi.
“Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, saya bangga apabila kita
semua dapat bersatu-padu merayakan suatu perayaan dengan aman dan sudah pasti,
pada bulan ini, kita khususnya yang beragama Kristian akan menyambut perayaan
Krismas,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan kumpulan koir umat
Katolik Klias Baru di kediamannya di Kampung Kaundo baru-baru ini.
Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong;Timbalan Ketua Wanita
Harapan Rakayt Bahagian Beaufort, Christina Willy dan Pengerusi Task Force Kadazan Dusun Murut Parti Harapan Rakyat Sabah DUN Klias Jusip Embu.
Lajim yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)
berkata, perayaan Krismas juga adalah manifestasi keharmonian masyarakat di
negara ini untuk hidup aman damai serta bersatu padu walaupun berbeza suku kaum,
kepercayaan dan agama.
“Semoga perayaan yang akan dirayakan kelak akan terus mengukuhkan lagi
semangat perpaduan bagi menjamin kestabilan, keamanan dan kemakmuran berterusan
untuk seluruh rakyat Sabah,”katanya.
Terdahulu pada kunjungan itu, seramai lebih 50 orang ahli rombongan
hadir terdiri dari belia dan wanita dikawasan berkenaan.
Kunjungan itu juga adalah sebagai persediaan bulan advent menjelang
perayaan Krismas.
0 Response to "PERPADUAN PELBAGAI KAUM DISABAH PERLU TERUS DIPELIHARA"