WANITA HARAPAN RAKYAT PERLU SENTIASA PEKA
—
Ahad, 10 Disember 2017
—
Add Comment
Oleh : Mohd Faizizi Maidin
Beaufort,09
Disember: Pergerakan Wanita Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) perlu
sentiasa peka kepada isu semasa selain perlu kreatif mencari strategi baru bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Penasihat Pergerakan Wanita Harapan Rakyat
Datin Seri Normilah Siong berkata, ahli pergerakan sayap parti itu juga perlu
sentiasa cekap menggunakan peralatan canggih seiring dengan teknologi maklumat.
“Kita bakal menghadapi PRU14 pada bila-bila
masa dari sekarang dan ahli pergerakan wanita di seluruh Sabah perlu sentiasa
bersiap sedia terutama dalam mendekati hati rakyat dikawasan masing-masing.
“Apa yang lebih penting, kita akan terus
bekerja mendekati rakyat dan sudah pasti kita inginkan perubahan selepas PRU14
akan datang,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Mesyuarat Pertama Pergerakan Wanita Harapan Rakyat Bahagian Beaufort selepas Persidangan Agung Perwakilan Tahunan 2017 di sini,
kelmarin.
Normilah berkata, pihaknya juga mahu ahli
pergerakan sentiasa mengamalkan sikap berbudi bahasa dan sopan dalam menyantuni
hati rakyat di semua pelosok Sabah.
“Sebagai rakyat Sabah, kita amat terkenal
dengan budaya hormat menghormati antara kaum dan sudah pasti, amalan itu perlu
dilaksanakan ketika turun padang untuk berkempen.
“Selain itu, kita juga perlu memantapkan
jentera parti dengan menjalin kerjasama dengan pergerakan Wanita Muda dan
Pemuda parti,”katanya.
0 Response to "WANITA HARAPAN RAKYAT PERLU SENTIASA PEKA"