Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMBANGKANG SABAH PUJI SIKAP KETERBUKAAN KERAJAAN NEGERI


LAJIM (dua kiri) ketika berbincang sesuatu bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir pada Persidangan DUN Sabah hari ini.

KOTA KINABALU, 13 April (Bernama) -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin memuji sikap kerajaan negeri yang sentiasa terbuka dan memberi ruang kepada anggota pembangkang sepanjang sesi persidangan berlangsung sejak Isnin lepas.
     Ahli DUN Klias itu menyifatkan persidangan kali ini menyaksikan ketelusan serta keikhlasan kerajaan negeri menjawab segala pertanyaan dan pandangan yang dikemukakan oleh pembangkang.
      "Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) juga mengakui matlamat kita (kerajaan dan pembangkang di Sabah) adalah sama. Apa sahaja yang kita suarakan di sini (DUN) adalah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
 "Misalnya, jika kita menyebut soal kemiskinan di Sabah, isu itu juga adalah tanggungjawab kami untuk mengetahui dan mengesyorkan langkah-langkah konkrit bagi mengurangkan jurang kemiskinan," katanya dalam sidang media di bangunan DUN di sini hari ini.
  Dalam pada itu, Lajim (Harapan-Klias) berharap sikap keterbukaan kerajaan negeri akan berterusan pada sidang DUN akan datang demi menyelesaikan mana-mana masalah dihadapi rakyat termasuk di kawasan pembangkang.




LAJIM bersama beberapa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam sidang media di bangunan DUN Sabah.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMBANGKANG SABAH PUJI SIKAP KETERBUKAAN KERAJAAN NEGERI"