Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

NAFI DAKWAAN TINGGALKAN GABUNGAN SABAH

Kota Kinabalu,30 April: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menafikan dakwaan kononnya parti itu akan meninggalkan Gabungan Sabah (USA) seperti yang tersebar dilaman sosial sejak beberapa hari lalu.
  Pengarah Media dan Komunikasi Harapan Rakyat Datuk Dr Mohd Irwansyah Abdullah berkata, pihaknya (Harapan Rakyat) akan terus berdiri teguh bersama rakan gabungan dalam USA yang dipengerusikan Datuk Mohd Noor Mansor.
  “Sudah pasti, kita tidak akan mengikuti jejak langkah Parti Cinta Sabah (PCS) yang mengumumkan keluar daripada USA baru-baru ini dan kita akan terus bekerjasama dengan rakan gabungan yang sedia ada.
  “Selain itu, kita akan terus berikrar untuk taat setia bersama pimpinan tertinggi parti dan tidak akan pernah mengalah dengan apa juga tekanan luar,”katanya.
  Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini, kelmarin.
  Dr Mohd Irwansyah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Harapan Rakyat berkata, parti pimpinan Datuk Seri Lajim Ukin (Harapan Rakyat) juga akan terus berusaha memainkan peranan untuk rakyat dalam USA.
  “Rakan dalam USA yang terdiri daripada Parti Maju Sabah (SAPP); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Harapan Rakyat sentiasa berpegang kepada prinsip tolak ansur.
  “Selain itu, gabungan ini juga sentiasa bantu-membantu dalam pelbagai perkara demi untuk mengembalikan hak rakyat Sabah,”katanya.
  Dalam pada itu, Dr Mohd Irwansyah berkata, gabungan parti tempatan ini juga akan terus bekerja demi autonomi dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Selain itu, USA juga akan terus menyebarkan 15 Teras Perjuangan USA ke seluruh pelusuk negeri Sabah,”katanya.

Dr Mohd Irwansyah

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "NAFI DAKWAAN TINGGALKAN GABUNGAN SABAH"