Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BERI SOKONGAN PADU, AKAN LAKSANA TUGAS SEBAIKNYA UNTUK RAKYAT

Labuan,29 April : Rakyat Sabah dan Labuan diminta untuk terus memberi sokongan padu kepada parti politik tempatan bagi mentadbir kerajaan yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama Gabungan Sabah (USA) akan terus berusaha untuk mengembalikan hak rakyat seperti yang termaktub melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Selain daripada itu, jika Harapan Rakyat dan USA menang pada PRU14 akan datang seterusnya mentadbir kerajaan, kita akan laksanakan tugas sebaiknya pada rakyat.
  “Ini termasuklah memperbaiki jalan raya dan infrastuktur yang dilihat masih kurang memuaskan sejak dahulu lagi,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah Mesra bersama penduduk dan pengundi Parlimen Beaufort yang menetap di Labuan disini, kelmarin.
  Hadir sama, Penasihat Pergerakan Wanita Harapan Rakyat Datin Seri Normilah Siong; Ketua Wanita Negeri Ester Otion dan Ketua Bahagian Labuan Siti Zaleha Ibrahim.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, beberapa pembangunan akan dibangunkan khususnya di Kuala Penyu dan Labuan bagi memberi peluang pekerjaaan kepada penduduk setempat.
  “Seperti yang kita dapat lihat, kawasan Kuala Penyu kini dilihat sunyi dan ada penduduk yang berhijrah ke luar daerah termasuk ke Labuan untuk mencari pekerjaan.
  “Justeru apabila kita dan USA memerintah, kita akan tarik lebih ramai lagi pelabur untuk membuka lebih banyak industri di Kuala Penyu agar golongan muda terus bekerja di halaman sendiri,”katanya.
  Katanya yang turut yakin industri setempat mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke kawasan Parlimen Beaufort.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya yakin rakyat di Sabah inginkan perubahan selain mahu parti tempatan negeri ini memimpin kerajaan selepas PRU14 akan datang.
  Terdahulu, pada majlis itu, lebih 300 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu hadir pada majlis itu.


LAJIM ketika berucap pada majlis itu - FOTO : Pemuda Harapan Rakyat Beaufort



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BERI SOKONGAN PADU, AKAN LAKSANA TUGAS SEBAIKNYA UNTUK RAKYAT"