Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA HARAPAN RAKYAT SELAR TINDAKAN NURUL IZZAH

Kota Kinabalu : Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menyelar tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang mencampuri ‘urusan’ negeri Sabah.
  Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Harapan Rakyat Ir Jovilis Majami berkata, ia termasuklah mempertikai pelantikan lanjutan Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah.
  “Parti politik pembangkang yang ‘lahir’ dari Semenanjung ini dilihat masih bertindak mengawal Sabah daripada terus menikmati kebebasan politik dan pentadbiran seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Mereka (pemimpin PKR) masih tidak mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah berlaku apabila ramai ahli parti itu meninggal PKR dan kini terus mencampuri urusan Sabah,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar pada 19 April yang lalu.
  Dalam pada itu, Jovilis berkata, sokongan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang inginkan ADUN Api-Api Christina Liew sebagai Ketua Pembangkang dilihat sebagai agenda politik kotor.
  “Ini kerana hasrat mereka hanya untuk menjatuhkan kreadibiliti Presiden Harapan Rakyat seterusnya Gabungan Sabah (GS) yang kini semakin mendapat sambutan rakyat Sabah.
  “Justeru, saya menasihati Nurul Izzah supaya tidak mencampuri urusan politik di Sabah,”katanya.
  Selain itu, Jovilis turut mahu Nurul Izzah menumpukan kerjasama dengan parti politik pembangkang di Semenanjung.

Ir Jovilis Majami

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT SELAR TINDAKAN NURUL IZZAH"