Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

WANITA GABUNGAN SABAH GANDING BAHU PASTIKAN CALON PRU14 MENANG





Kota Kinabalu, 23 Julai: Wanita Gabungan Sabah (GS) akan berganding bahu dan memperkukuhkan kerjasama bersama pergerakan sayap parti dalam gabungan bagi memastikan kemenangan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  Pengerusi Wanita GS Datin Seri Normilah Siong berkata, matlamat dan manifesto yang sama antara rakan gabungan membuatkan pergerakan wanita empat parti itu menubuhkan satu kumpulan iaitu Wanita GS.
  “Objektif dan matlamat kita dalam Wanita GS adalah sama seperti gabungan yang diterajui oleh Datuk Mohd Noor Mansor yang inginkan kemenangan pada PRU14 seterusnya menubuhkan kerajaan yang baru.
  “Selain itu, kita juga mahu menuntut hak rakyat Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimana ia ‘dianaktiri’ oleh kerajaan pusat,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Wanita Gabungan Sabah (GS) di Ibu Pejabat Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) disini, kelmarin.
  Kumpulan itu turut dianggotai isteri Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datin Cecilia E Kitingan;isteri Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datin Seri Stella Yong dan isteri Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datin Masnah Omar.
  Normilah berkata, wanita GS juga akan memberikan keutamaan kepada permasalahan wanita bandar dan luar bandar selain tekanan dan bebanan khusus kepada penjawat awam wanita.
  “Selain itu, kita juga akan memastikan pengangguran dan penghijrahan golongan belia kebandar malah keluar negara juga akan dapat dikurangkan.
  “Bagi meningkatkan sumber ekonomi rakyat, kita akan membantu untuk memperluaskan industri pertanian, pelancongan dan sebagainya yang membabitkan golongan wanita,”katanya.
  Dalam pada itu, Normilah berkata, penubuhan wanita GS turut bermatlamat untuk membentuk kerajaan Sabah yang lebih telus dan bersih seperti yang diinginkan oleh parti yang bergabung dalam GS.
  “Kita juga dapat lihat, keyakinan rakyat kepada kerajaan sedia ada semakin berkurangan disebabkan beberapa dasar kerajaan yang menyusahkan rakyat.
  “Selain itu, wanita GS juga akan turut membantu memulihkan hak-hak dan autonomi penuh Sabah,”katanya.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "WANITA GABUNGAN SABAH GANDING BAHU PASTIKAN CALON PRU14 MENANG"