Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

"PERJUANGAN INI UNTUK RAKYAT SABAH" - Presiden Harapan Rakyat



Putatan,24 Julai : Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin meminta rakyat di Sabah memberi peluang kepada parti politik tempatan khususnya Gabungan Sabah (GS) untuk mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  Katanya, parti yang bernaung dibawah GS akan terus berusaha untuk membuat tuntutan kepada pihak terbabit agar hak rakyat Sabah terbela berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Apabila saya mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti, sudah pasti antara matlamatnya adalah untuk berjuang dan mempertahankan hak-hak rakyat Sabah yang dilupakan oleh kerajaan pusat.
  “Justeru itu, saya bersama kepimpinan Harapan Rakyat memilih GS sebagai landasan untuk berjuang bersama rakan komponen lain yang mempunyai misi dan visi yang sama,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Harapan Rakyat Bahagian Putatan disini, kelmarin.
  Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong; Ketua Bahagian Harapan Rakyat Putatan Engelbert Jekoney; Ketua Wanita Harapan Rakyat negeri Ester Otion dan Ketua Wanita Muda Dayang Aezzy Liman.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya juga turut meminta rakyat untuk bangkit dan bangun bagi memastikan parti dalam GS berjaya membentuk kerajaan pada PRU14.
  “Selain itu, rakyat juga perlu membantu GS bagi memastikan kerajaan pusat yang sedia ada ditadbir oleh kerajaan baru dan sudah pasti, Sabah adalah penyumbang kepada kemenangan di peringkat Parlimen.
  “Jika sebuah kerajaan baru ditubuhkan diperingkat pusat, sudah pasti kita akan dapat mengurangkan beban kos sara diri rakyat yang terus meningkat sekarang,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya bersama GS inginkan kesamarataan diberikan kepada rakyat di Sabah seperti yang ada di Semenanjung.
  “Kita dapat lihat khususnya pembangunan yang ada, pembangunan di Semenanjung lebih maju berbanding di Sabah.
  “Oleh itu, rakyat perlu memberi peluang kepada GS untuk mentadbir kerajaan negeri pada PRU14 akan datang agar pembelaan dan keseimbangan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,”katanya.
 


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to ""PERJUANGAN INI UNTUK RAKYAT SABAH" - Presiden Harapan Rakyat"