Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

VETERAN POLITIK SERTAI HARAPAN RAKYAT


Kota Kinabalu,29 Julai : Bekas sukarelawan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Profesor Dr Benjamin Yapp mengambil keputusan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sebagai landasan untuk berjuang mempertahankan hak-hak Sabah.
  Pengalaman hampir lebih 13 tahun bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan empat tahun bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan digunapakai untuk berbakti kepada Harapan Rakyat.
  “Selepas hampir 17 tahun berkecimpung dalam arena politik, kali ini saya mengambil keputusan untuk menyertai Harapan Rakyat yang dilihat banyak memperjuangkan hak rakyat yang dilupakan.
  “Selain itu, saya juga melihat Harapan Rakyat bersama rakan komponen dalam Gabungan Sabah (GS) juga mempunyai misi dan visi sama iaitu mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ‘dianaktirikan’,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini, baru-baru ini.
  Hadir sama, Ketua Penerangan Harapan Rakyat Karim Adam dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Dahil Masdil.
  Benjamin berkata, beliau sering melihat pelbagai masalah yang dihadapi rakyat khususnya diluar bandar yang masih dibelenggu kemiskinan.
  Selain itu katanya, kemudahan asas dan infrastuktur yang kurang turut mendorong kepada faktor kemiskinan rakyat di negeri ini.
  “Inilah masanya untuk saya meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah, saya akan berjuang untuk rakyat bersama parti yang dipimpin oleh anak tempatan negeri ini,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli ke Harapan Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
  “Kita sentiasa terbuka kerana perjuangan kita adalah untuk rakyat, kita tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak untuk menyertai Harapan Rakyat.
  “Justeru, keputusan beliau (Dr Benjamin) menyertai kita adalah satu keputusan tepat,”katanya.
  Terdahulu, Benjamin turut dilantik sebagai Ketua Perhubungan Harapan Rakyat Kota Kinabalu.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "VETERAN POLITIK SERTAI HARAPAN RAKYAT"