Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

"RAKYAT JANGAN TERPENGARUH," Ketua Pemuda Harapan Rakyat




Kota Kinabalu,29 Julai : Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menyeru rakyat di negeri ini untuk tidak terpengaruh dengan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yang menyatakan pihak pembangkang akan ‘memBrexit’kan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah.
  Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Sabah Ir Jovilis Majami berkata, BN khususnya UMNO di Sabah telah lama diberi mandat menerajui kerajaan negeri namun rakyat masih terus menderita khususnya diluar bandar.
  “Jika rakyat masih terpengaruh dan mendengar janji-janji pemimpin UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, sudah pasti pelbagai masalah rakyat akan berterusan.
  “Rakyat juga perlu ingat jika UMNO dan BN terus mentadbir Sabah sudah pasti harapan untuk melihat isu-isu yang dituntut rakyat tidak akan dapat diselesaikan,”katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
  Jovilis yang juga Timbalan Pengerusi 2 Gabungan Muda Sabah (GEMA)berkata, pelbagai isu seperti autonomi Sabah; Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); kemiskinan dan banyak lagi masih belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya.
  “Satu contoh yang amat jelas ialah Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji PATI di Sabah yang didakwa oleh rakyat tempatan diberikan kewarganegaraan secara tidak sah sehinggakan mengubah demografi masyarakat Sabah sehingga kini tidak didedahkan kepada umum walaupun laporan itu sudah lama siap.
  “Jika rakyat memberi peluang parti tempatan mentadbir Sabah sudah pasti pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan menggunakan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah seperti mana yang digariskan di dalam laporan Inter-Governmental Committee (IGC) dan juga Perjanjian Malaysia (MA63),”katanya.
  Justeru, Jovilis menyeru rakyat Sabah untuk terus memberi sokongan padu kepada Harapan Rakyat dan parti komponen dalam Gabungan Sabah (GS).
  “Sudah tiba masanya untuk kita memilih parti tempatan yang berpangkalan di Sabah dan ‘menghantar’ balik kerajaan sekarang ke Semenanjung bagi memastikan rakyat Sabah terbela,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to ""RAKYAT JANGAN TERPENGARUH," Ketua Pemuda Harapan Rakyat"