Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BIRO VETERAN POLITIK HARAPAN RAKYAT BAKAL DI TUBUHKAN


Kota Kinabalu,21 Oktober: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bakal mencipta sejarah apabila Biro Veteran Politik Harapan Rakyat akan ditubuhkan bagi memacu pembangunan setempat di Sabah.
  Naib Presiden 5 Harapan Rakyat Datu Sebastian Datu Panglima J Banting berkata, biro yang akan dianggotai oleh ahli berusia 55 tahun ke atas itu turut akan membantu golongan muda dalam melaksanakan tugas kepada rakyat.
  “Sudah pasti, tanpa adanya ‘orang lama’ tidak akan ada ‘orang baru’, oleh itu biro ini akan berperanan membantu parti dalam mendalami isi hati rakyat di akar umbi.
  “Selain itu, biro ini juga akan memacu pembangunan seiring dengan dasar kerajaan apabila Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah (GS) memerintah kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Datu Sebastian berkata, pembabitan ‘otai’ dalam biro ini juga berperanan untuk menjadi mata dan telinga kerajaan melalui lantikan seperti pemaju mukim, ketua kampung dan lain-lain mengukut kepakaran sedia ada.
  “Selain itu, biro ini juga turut menghargai ahli-ahlinya yang banyak menyumbangkan tenaga, kepakaran dan pengalaman sehingga tertubuhnya Biro Veteran Politik.
  “Penubuhan biro ini turut mendapat sokongan dan mandat dari Ahli Majlis Tertinggi (AMT) khususnya presiden parti Datuk Seri Lajim Ukin,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BIRO VETERAN POLITIK HARAPAN RAKYAT BAKAL DI TUBUHKAN"