Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT TIDAK PERNAH JALIN KERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN, SETIA BERSAMA GABUNGAN SABAH





Kota Kinabalu,20 Oktober : Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membidas dakwaan bekas Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Jaimun @ Abdul Latif Mopuas yang mengatakan Harapan Rakyat mengubah haluan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kepada Gabungan Sabah (GS).
  Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Sabah Jovilis Majami berkata, tindakan beliau (Latif) itu juga dilihat sebagai pembohongan kepada rakyat selain turut kecewa apabila tidak diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong.
  “Seperti kebiasaan dalam mana-mana parti politik, suatu keputusan yang dibuat perlu dibincangkan dan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan bukannya dibuat oleh presiden parti seperti yang dinyatakan oleh beliau (Latif).
  “Harapan Rakyat didaftarkan sepenuhnya pada 25 Oktober 2016 dan menyertai GS secara rasmi pada Januari 2017 manakala dia keluar parti pada Mei lalu dan dakwaannya itu juga tidak berasas kerana dalam tempoh berkenaan beliau juga adalah AMT parti,”katanya dalam satu kenyataan disini.
  Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat Kota Marudu berkata, Latif yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian Harapan Rakyat Kota Marudu turut pernah menyokong tindakan dan keputusan AMT untuk menyertai GS.
  “Jika itu alasan beliau keluar dari parti, kenapa mengambil tempoh sehingga empat bulan untuk meletakkan jawatan seterusnya keluar parti dan bukannya pada awal tahun ini?,
  “Latif juga dilihat kecewa apabila presiden parti, Datuk Seri Lajim Ukin tidak mengumumkan nama beliau sebagai calon untuk DUN Matunggong ketika pelancaran parti di Kota Marudu pada April lalu,”katanya.
  Menurut Jovilis, kerusi DUN itu kini masih dalam perbincangan berikutan terdapat pertindihan kawasan bersama rakan dalam GS.
  Dalam perkembangan sama, Jovilis berkata, pihaknya turut meminta kepimpinan tertinggi parti untuk menyiasat dakwaan berhubung ‘pendrive’ yang mengandungi semua rahsia parti yang berada di tangan Latif.
  “Dakwaannya itu dilihat sangat bahaya, jika ia benar maka tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap Latif kerana ia berupaya menjejaskan parti ketia pilihan raya semakin hampir,”katanya,

  Terdahulu, Naib Presiden 1 Patrick Sadom turut membidas kenyataan Latif dan Harapan Rakyat tidak pernah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan parti yang bukan ‘lahir’ di Sabah.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT TIDAK PERNAH JALIN KERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN, SETIA BERSAMA GABUNGAN SABAH"