Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

RAKYAT TERBEBAN, INFRASTUKTUR KURANG MEMUASKAN




Keningau,23 April 2017 : Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan sejak dua tahun lalu dilihat amat membebankan rakyat khususnya yang berada diluar bandar.
  Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kesan cukai enam peratus yang dikenakan itu juga memaksa peniaga menaikkan harga barangan jualan sangat mahal.
  “Oleh itu, jika Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah (USA) memerintah kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sudah pasti perkara ini akan diselesaikan secara berperingkat.
  “Kita akan putuskan sendiri di peringkat negeri tanpa perlu merujuk kepada kerajaan pusat seperti yang dilaksanakan sekarang,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan tiga bahagian Harapan Rakyat iaitu Bahagian Keningau; Tenom dan Pensiangan disini, kelmarin.
  Hadir sama, Pengerusi USA Datuk Mohd Noor Mansur dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, Harapan Rakyat juga mempunyai ramai pemimpin yang berpengalaman dan berintegriti dalam membuat suatu keputusan.
  “Justeru, kami (Harapan Rakyat) meminta kepada semua rakyat khususnya di Sabah untuk memberi sokongan kepada parti tempatan termasuk yang bergabung melalui USA,”katanya.
  Sementara itu, Lajim melahirkan rasa kecewa dengan beberapa infrastuktur dipedalaman yang masih teruk termasuk keperluan asas penduduk masih tidak membangun.
  “Ini termasuklah jalan raya yang masih rosak dan tidak berturap menyebabkan tidak semua kenderaan dapat melaluinya.
  “Justeru, kita akan menggunapakai konsep ‘kepedulian rakyat’ yang mana kita akan selami hati dan kesusahan rakyat seterusnya membantu mereka,”katanya.
  Tambahnya, pihaknya bersama USA akan memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dilaksanakan bagi memastikan hak-hak Sabah akan dijaga sebaiknya.
  Terdahulu, pada pelancaran itu seramai lebih 1,000 orang penduduk sekitar hadir memeriahkan majlis itu.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "RAKYAT TERBEBAN, INFRASTUKTUR KURANG MEMUASKAN"