Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PUTATAN SEMAKIN KUAT, LEBIH RAMAI AHLI MASUK HARAPAN RAKYAT



Putatan,20 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus mendapat sambutan positif daripada pelbagai pihak apabila menerima kemasukkan keahlian baru seramai lebih 40 orang di Kampung Tombovo Khamis lalu.
  Penyertaan keahlian yang diketuai oleh Pius Lajunit itu sekaligus berupaya menubuhkan cawangan baru dikampung terbabit manakala borang keahlian diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu, Datuk Dr Mohd Irwansyah Teo Abdullah.
  Pius berkata, keputusan menyertai Harapan Rakyat adalah atas kerelaan diri  dan tidak menerima tawaran dari mana-mana pihak.
  “Saya memilih Harapan Rakyat adalah atas kerelaan sendiri dan melihat parti ini banyak memperjuangankan hak rakyat di Sabah.
  “Sudah pasti, selepas ini lebih ramai lagi rakan dan ahli keluarga saya akan menyertai Harapan Rakyat seterusnya berjuang untuk mempertahankan hak rakyat,”katanya.
  Sementara itu, Dr Irwansah yang juga Pengarah Media dan Komunikasi negeri Harapan Rakyat berkata, Harapan Rakyat khususnya bahagian ini terus menerima penyertaan ahli baru khususnya golongan muda selain pengundi atas pagar.
  “Kita sentiasa mengalu-alukan kemasukkan ahli baru khususnya rakyat tempatan Sabah yang terdiri daripada golongan muda.
  “Sehingga kini kami sudah menerima lebih 1,000 ahli baru dan saya juga menyanjung tinggi usaha dan kerja keras yang dijalankan oleh semua petugas parti di bahagian Putatan,”katanya.
 Terdahulu, majlis penyerahan borang itu turut dihadiri Ketua Bahagian Englebert Jekoney, Setiausaha Bahagian Dzulkadir Karim, Penyalaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Dumpil Anthony Jeffry , Ketua Wanita Bahagian  Ester Otion dan Ketua Pemuda Jasli Awang, Naib Ketua Bahagian  Edwin Kuyou.⁠⁠⁠⁠



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PUTATAN SEMAKIN KUAT, LEBIH RAMAI AHLI MASUK HARAPAN RAKYAT"