Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KEPELBAGAIAN ETNIK DI SABAH MENJADI 'PERFECT ROLE MODEL' DI MALAYSIA


Oleh : Justin Wong

Beaufort,03 Januari : Kepelbagaian kumpulan kaum etnik di Sabah berjaya menjadi ‘perfect role model’ kepada perpaduan kaum di Malaysia yang telah wujud sejak dahulu lagi.
  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kehadiran pelbagai suku kaum dalam suatu majlis perayaan memberi banyak makna kegembiraan meskipun berlainan agama.
  “Pada majlis kali ini, kita bukan sahaja dapat melihat masyarakat kristian hadir malah ia juga turut dihadiri oleh masyarakat beragama Islam.
  “Ini adalah satu keunikan bagi kita di Sabah, kita dapat meraikan suatu majlis perayaan dengan gembira dan harmoni,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perayaan Hari Keluarga di Dewan Gereja Katolik St Valentine anjuran Paroki Beaufort baru-baru ini.
  Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong; Monsignor Gilbert Engan; Penasihat KDM Taskforce Ebin Ampai dan Pengerusi KDM Taskforce Jusip Embu
  Lajim yang juga Presiden Harapan Rakyat berkata, perpaduan yang sedia terjalin antara suku kaum di Sabah juga menjadi medan kepada sebuah negara maju di Malaysia.
  “Sebelum ini saya pernah bekerja dengan keluarga Monsignor Gilbert di ladang sawit mereka semasa sekolah, keluarga mereka tidak memilih agama dan bangsa.
  “Oleh sebab itu,kita semua wajar menjaga keharmonian antara kaum agar ia terus berkekalan sampai bila-bila,”katanya,
 Dalam pada itu, Gilbert turut merakamkan penghargaan kepada Lajim atas sumbangan kepada penganjuran perayaan yang diadakan.
  Terdahulu, majlis yang diserikan dengan pelbagai aktiviti itu turut dihadiri lebih 300 masyarakat setempat sekitar daerah ini.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "KEPELBAGAIAN ETNIK DI SABAH MENJADI 'PERFECT ROLE MODEL' DI MALAYSIA"