Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PERUTUSAN 2018:RAKYAT AKAN TERUS DIBELA & JADI KEUTAMAAN - LAJIM



Oleh : Erdie Ab Wahid

Beaufort,31 Disember : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama rakan parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) mempunyai strategi dan hala tuju tersendiri bagi memimpin kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama GS turut yakin rakyat negeri ini akan memberi sokongan penuh bagi mengubah landskap politik seterusnya melihat perubahan kepada pembangunan yang lebih maju di Sabah.
  “Sudah tentu apabila kita (Harapan Rakyat) bersama GS berjaya menubuhkan kerajaan, semua yang dirancang akan dilaksanakan untuk rakyat dan ia akan dirasai sendiri oleh rakyat khususnya di Sabah.
  “Namun perubahan tidak akan berlaku jika rakyat tidak memberi sokongan kepada kami di GS, justeru kita berharap seluruh rakyat Sabah dapat memberi sokongan tidak berbelah bahagi pada PRU14 akan datang,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dan ucapan tahun baru 2018 di Studio Radio HR.iFM disini, petang tadi.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya juga mahu rakyat di Sabah akan terus terbela selain mahu melihat pembangunan lebih pesat berbanding sekarang.
  “Azam saya di tahun 2018 ini sudah tentu mahu rakyat terus terbela  dimana ia sudah menjadi keutamaan kepada saya sebagai seorang pemimpin dan juga presiden kepada sebuah parti iaitu Harapan Rakyat.
  “Selain itu, peluang pekerjaan kepada anak muda di Sabah juga akan diperbanyakkan lagi dan mahu ekonomi lebih stabil berbanding sekarang, ini adalah antara azam saya ditahun 2018,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, pelbagai rintangan dan cabaran yang ditempuhi pihaknya bersama Harapan Rakyat sepanjang tahun 2017 dan berjaya diatasi dengan sokongan tidak berbelah bahagi dari Ahli Majlis Tertinggi (AMT) bersama ahli parti dipelbagai peringkat.
  “Saya percaya cabaran yang dilalui ini sudah pasti tidak akan melemahkan semangat kita untuk berjuang tetapi ia akan memberi satu kekuatan dan aspirasi baru kepada kita untuk mengubah landskap politik.
  “Selain itu, saya juga yakin, 2018 adalah penentu kepada rakyat Malaysia sama ada mereka akan ada sebuah kerajaan baru atau tidak,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah yang telah memberikan sokongan penuh kepada penubuhan Harapan Rakyat sejak 25 Oktober 2016.
  “Sehingga saat ini, kita terus mendapat sokongan dan berharap sokongan itu akan membawa kejayaan kepada kita dan rakyat Sabah secara keseluruhan,”katanya.








KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PERUTUSAN 2018:RAKYAT AKAN TERUS DIBELA & JADI KEUTAMAAN - LAJIM"