Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KEPELBAGAIAN KAUM BERI PELUANG RAI PERAYAAN KAUM LAIN


Oleh : Mohd Faizizi Maidin
Foto : Justin Wong

Beaufort,31 Disember : Kepelbagaian masyarakat berbilang kaum di negeri ini memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum khususnya di Sabah.
  Ketua Penerangan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Beaufort Ebin Ampai berkata, penganjuran majlis perayaan suatu kaum mampu menjadi medan bagi memantapkan perpaduan dan integrasi kaum di Sabah.
  “Saya merakamkan penghargaan kepada Keluarga Kristian Dasar (KKD) Kampung Batu 65 kerana berjaya menganjurkan perayaan Krismas yang turut dihadiri oleh pelbagai suku kaum khususnya di daerah ini.
  “Wakil rakyat kita, Yang Berhormat Datuk (Seri) Lajim Ukin juga sering berkata, meskipun berbeza agama, kita tetap bersaudara,” katanya.
  Beliau berkata demikian pada Majlis Perayaan Krismas KKD Kampung Batu 65 disini baru-baru ini yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin.
  Hadir sama, Pengerusi KDM Task Force Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Jusip Embu; Ketua Perhubungan Biro Penerangan Negeri Justin Wong dan Ketua Cawangan Harapan Rakyat Kampung Batu 65 George Sedomon.
  Ebin yang juga Penasihat KDM Task Force Beaufort berkata, pihaknya turut melahirkan rasa bangga apabila majlis berkenaan turut dihadiri oleh penduduk beragama Islam seterusnya menjayakan perayaan berkenaan.
  “Saya juga ingin menyampaikan amanat Datuk Seri (Lajim Ukin) yang mana, beliau akan terus menjaga kebajikan penduduk disini dan sekitarnya.
  “Ini juga adalah amalan yang sentiasa dilakukan oleh beliau sejak menjadi wakil rakyat hampir lebih 30 tahun lalu dan akan terus berkhidmat kepada rakyat,”katanya.
  Terdahulu, Ebin berkata, beberapa laluan ke kampung berkenaan adalah hasil perjuangan Datuk Seri Lajim Ukin termasuk beberapa laluan jalan raya di sekitar Parlimen Beaufort.




KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "KEPELBAGAIAN KAUM BERI PELUANG RAI PERAYAAN KAUM LAIN"