Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

MAIJOL TETAP SEMANGAT TEMU RAKYAT DALAM CUACA BURUK


Oleh : Marcellus Manisah

Kota Marudu,27 Disember: Cuaca buruk yang melanda dibeberapa kawasan di Sabah baru-baru ini tidak menghalang untuk Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Maijol Mahap untuk turun padang bertemu rakyat.
  Maijol yang dijadualkan bertemu penduduk kampung Bombong empat Kota Marudu tetap bersemangat untuk menghadiri ceramah berkelompok meskipun beberapa sungai dinaiki air akibat hujan lebat.
  Sepanjang perjalanan ke kampung terbabit yang melalui jalan Kampung Botition Tandek, pihaknya terpaksa melalui jalan raya yang teruk dan berbahaya selain tiada perubahan dari segi kemajuan sejak dahulu lagi.
  Maijol ketika berucap pada majlis santai itu berkata, perjuangan membela rakyat khususnya di daerah ini akan menjadi keutamaan dalam karier politiknya.
  “Paling penting sekali, seorang pemimpin haruslah berani untuk berjuang bersama rakyat dan tidak gentar untuk mengharungi apa juga halangan.
  “Sudah tentu penduduk di Kota Marudu dan Bombong Empat disini perlukan pembelaan, justeru rakyat Sabah perlu berani menuntut hak yang dinafikan selama ini,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah kelompok di Kampung Bombong Empat disini baru –baru ini.
  Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi Jamadil Idaron dan Ketua Cawangan Kampung Bombong Empat Jeson Miwel.
  Dalam pada itu, Maijol turut merakamkan penghargaan kepada penduduk terbabit yang setia menanti meskipun dalam cuaca buruk.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "MAIJOL TETAP SEMANGAT TEMU RAKYAT DALAM CUACA BURUK"