Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA HARAPAN RAKYAT DIMINTA DEKATI GOLONGAN MUDA DISELURUH SABAH



Oleh : Mohd Faizizi Maidin

Beaufort,20 Disember : Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) diminta untuk terus bekerja keras bagi mendekati hati golongan muda menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14)
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia penting bagi memastikan golongan muda memberi sokongan kepada Harapan Rakyat diseluruh Sabah.
  “Seperti semua sedia maklum, PRU14 bakal tiba pada bila-bila masa sahaja dan sudah pasti pergerakan sayap adalah antara satu keperluan jentera parti untuk kita memenangi pilihan raya.
  “Justeru, saya mahu semua ahli parti khususnya dalam pergerakan pemuda untuk terus mendekati golongan muda bagi menyampaikan visi dan misi parti kita,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Presiden kepada Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Bahagian Beaufort disini, baru-baru ini.
  Hadir sama, Ketua Pemuda Harapan Rakyat Beaufort Mohd Redzuan Bidin dan Timbalan Ketua Pemuda Sulaiman Tanih.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pergerakan pemuda juga perlu seiring ‘turun padang’ bersama pergerakan sayap parti lain khususnya Wanita dan Wanita Muda termasuk Biro Veteran.
  “Sudah pasti apabila kita berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, kita (Harapan Rakyat) bersama rakan Gabungan Sabah (GS) akan terus memperbanyakkan lagi industri dan peluang pekerjaan kepada anak muda.
  “Selain itu, kita juga akan memberi sokongan dan dorongan kepada golongan muda untuk mendapatkan dana dan sebagainya,”katanya.
  

  

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT DIMINTA DEKATI GOLONGAN MUDA DISELURUH SABAH"