Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT LIBARAN SUDAH BERSEDIA HADAPI PRU14


LAr Alfian Mansyur

Oleh : Mohd Hafiz Fahmi Sahak

Sandakan,20 Disember : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Libaran kini sudah bersiap sedia merangkumi pelbagai aspek bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.
  Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Libaran LAr Alfian Mansyur berkata, ia termasuklah ‘turun padang’ diperingkat akar umbi bagi menyebarkan luas teras perjuangan parti kepada rakyat setempat.
  “Tidak dinafikan, lawan kita di Libaran bukannya muda kerana ia ada kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Ketua Menteri Sabah sekarang.
  “Justeru, kita perlu bersiap sedia dari segala aspek termasuk kelulusan parti, pembentukan organisasi dan persiapan jentera Pilihan Raya,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kursus Pemantapan Pilihanraya Bahagian Libaran yang dirasmikan oleh Naib Ketua Bahagian Nordin Khani.
  Hadir sama Ketua Wanita Bahagian Rosmary Hairijul dan Setiausaha Bahagian Basran Anglai.
  Alfian yang juga Setiausaha Pemuda Harapan Rakyat negeri berkata, jentera parti setiap bahagian juga perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat namun tersusun dalam melaksanakan gerak kerja parti.
  “Sejauh manapun usaha dan kekuatan kita dalam berkempen, jika kita tidak menitik beratkan hal berkenaan perjalanan dan proses semasa mengundi, usaha kita akan sia sia.
“Ini kerana, disinilah banyak potensi berlakunya penipuan dan ketidak adilan dalam pilihan raya,”katanya.
  Katanya, pihaknya juga tidak mahu peristiwa ‘hitam’ pada PRU13 lalu berulang dan mahu jentera bahagian Libaran bersedia dengan sebarang kemungkinan.
  

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT LIBARAN SUDAH BERSEDIA HADAPI PRU14"