Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BIRO VETERAN LIBARAN IKRAR PASTIKAN KEMENANGAN HARAPAN RAKYAT



Oleh : Alfian Mansyur

Sandakan,20 Disember : Biro Veteran Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bahagian Libaran berikrar akan terus bekerjasama dengan tiga pergerakan sayap parti yang lain bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.
  Ketua Biro Veteran Politik Harapan Rakyat Libaran Mansyur Ambotang berkata, biro yang baru ditubuhkan itu akan memberikan fokus utama kepada golongan veteran dan warga emas.
  “Fungsi kita adalah sama seperti Pergerakan Pemuda, Wanita dan Wanita Muda namun akan memberi fokus kepada mereka yang ‘berusia’ atau lebih mudah mereka yang veteran.
  “Saya juga berkeyakinan, jika kita semua bekerjasama dengan lebih gigih sudah pasti kemenangan akan menjadi milik kita,”katanya,
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa Biro Veteran Politik Harapan Rakyat Libaran baru baru ini.
  Hadir sama Naib Ketua Bahagian Nordin Khani dan Setiausaha Bahagian Basran Anglai.
  Mansyur berkata,pihaknya juga turut berikrar akan terus menyumbang tenaga kepada perjuangan parti bersama Gabungan Sabah (GS).
  “Usia ahli dalam biro ini bukan halangan, setiap dari kami mempunyai kemahiran dan pengalaman tersendiri.
“Ini akan kami gunakan dalam membantu pergerakan bahagian dan juga calon yang akan bertanding” katanya.
Terdahulu, mesyuarat yang dihadiri oleh lebih kurang 18 orang ahli turut membentuk ahli jawatankuasa dan bersedia untuk bekerja.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BIRO VETERAN LIBARAN IKRAR PASTIKAN KEMENANGAN HARAPAN RAKYAT"