Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PERPADUAN PELBAGAI KAUM DISABAH PERLU TERUS DIPELIHARA


Oleh : Justin Wong

Beaufort, 12 Disember : Perpaduan dan kepelbagaian suku kaum, budaya serta kepercayaan agama di Sabah adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat di negeri ini.
  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, keharmonian serta warna warni seni budaya di Sabah menjadikan negeri ini  unik dan istimewa.
  “Meskipun kita semua berlainan agama, namun kita adalah bangsa Sabah, keharmonian dan kesejahteraan antara kaum tidak akan dapat dipisahkan atau dipertikaikan lagi sejak dahulu lagi.
  “Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, saya bangga apabila kita semua dapat bersatu-padu merayakan suatu perayaan dengan aman dan sudah pasti, pada bulan ini, kita khususnya yang beragama Kristian akan menyambut perayaan Krismas,”katanya.
  Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan kumpulan koir umat Katolik Klias Baru di kediamannya di Kampung Kaundo baru-baru ini.
  Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong;Timbalan Ketua Wanita Harapan Rakayt Bahagian Beaufort, Christina Willy dan Pengerusi Task Force Kadazan Dusun Murut Parti Harapan Rakyat Sabah DUN Klias Jusip Embu.
  Lajim yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) berkata, perayaan Krismas juga adalah manifestasi keharmonian masyarakat di negara ini untuk hidup aman damai serta bersatu padu walaupun berbeza suku kaum, kepercayaan dan agama.
  “Semoga perayaan yang akan dirayakan kelak akan terus mengukuhkan lagi semangat perpaduan bagi menjamin kestabilan, keamanan dan kemakmuran berterusan untuk seluruh rakyat Sabah,”katanya.
  Terdahulu pada kunjungan itu, seramai lebih 50 orang ahli rombongan hadir terdiri dari belia dan wanita dikawasan berkenaan.
  Kunjungan itu juga adalah sebagai persediaan bulan advent menjelang perayaan Krismas.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PERPADUAN PELBAGAI KAUM DISABAH PERLU TERUS DIPELIHARA"