Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

LANTIK PERUNDING KAJI MASALAH AIR JIKA DIBERI MANDAT RAKYAT



Oleh : Justin Wong

Beaufort,15 April : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan melantik Perunding bagi mengkaji dan mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di sekitar daerah ini termasuk Kuala Penyu.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kajian menyeluruh itu akan dilaksanakan secara menyeluruh apabila Gabungan Sabah (GS) berjaya diberi mandat baru bagi mentadbir kerajaan negeri.
  “Ini janji saya untuk anda semua rakyat di kawasan Parlimen Beaufort, permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik jika ia diurus dengan professional dan tidak ada penyelewengan.
  “Saya difahamkan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu pernah menyatakan masalah air akan selesai sebelum Hari Raya selepas Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) lalu namun kini sudah lima kali Hari Raya, masalah masih belum selesai,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Manifesto Tambahan Harapan Rakyat khusus bagi kawasan Parlimen P.177 Beaufort di sini, kelmarin.
  Hadir sama, isterinya Datin Seri Normilah Siong; Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap dan Naib Presiden Harapan Rakyat Datuk James Ghani.
  Lajim berkata, ketidakprihatinan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam mengatasi masalah ini dilihat memberi kesan buruk kepada penduduk termasuk pelabur luar untuk membuka perniagaan di kawasan Parlimen P.177 Beaufort.
  “Kita dapat lihat apabila masalah air berlaku, aktiviti seharian penduduk khususnya mereka yang berniaga akan terjejas seterusnya memperlahankan perkembangan ekonomi setempat.
  “Pelabur luar pula tidak akan membina kilang di daerah ini kerana bekalan air yang tidak menentu, sudah tentu mereka akan mengalami kerugian sekiranya menutup sementara operasi,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, Manifesto Tambahan yang merangkumi 27 inisiatif untuk rakyat Parlimen P.177 Beaufort itu akan menjadi hadiah terbaik untuk penduduk setempat dikawasan berkenaan.
  Antaranya ialah menaik taraf pusat pelancongan; meningkatkan pendapatan penduduk; menaik taraf pekan kecil Menumbok sebagai daerah penuh; inisiatif untuk golongan muda dan beberapa inisiatif lain.
 

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "LANTIK PERUNDING KAJI MASALAH AIR JIKA DIBERI MANDAT RAKYAT"