Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

MANIFESTO BN TIDAK TELUS


Oleh : Justin Wong

Beaufort,8 April: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menyifatkan pembentangan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang disifat sebagai tidak realistik.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, penambahan inisiatif khususnya kepada penduduk Sabah dan Sarawak turut dilihat sebagai satu pembohongan dan tidak telus  kepada rakyat kedua negeri itu.
  “Sebagai contoh, mereka menyatakan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisasikan secara konsensus.
  “Kenapa apabila pembangkang bersuara baru BN mahu laksana selepas PRU14? Kenapa tidak dilaksanakan semasa menjadi kerajaan sebelum ini?,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bertemu Rakyat di Kampung Lajau disini, kelmarin.
  Hadir sama Timbalan Presiden 1 Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap dan Ketua Pemuda Harapan Rakyat Jovilis Majami.
  Lajim berkata, sifat konsensus itu juga tertakluk kepada persetujuan semua pihak sebelum hak rakyat Sabah khususnya dapat dikembalikan.
  “Justeru itu, adalah amat penting untuk rakyat Sabah bersatu untuk memilih parti tempatan khususnya Harapan Rakyat bagi memastikan hak rakyat Sabah ini dapat dibela.
  “Bayangkan jika masih pentadbiran sama selepas ini, sudah pasti, kita khususnya rakyat Sabah masih berada di tahap lama seterusnya tidak membangun,”katanya.
  Dalam pada itu katanya, Lajim turut berkata, penambahan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada Jun dan Ogos depan juga disifatkan sebagai ‘gula-gula’ PRU.
  “Saya yakin rakyat negeri ini bijak untuk memilih dan sudah pasti rakyat juga inginkan pembaharuan dalam landskap politik Sabah.
  “Selain itu juga saya berharap agar rakyat Sabah memberi sokongan dan mandat kepada parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) bagi menubuhkan kerajaan baru di Sabah,”katanya.
  Antara parti yang bergabung melalui GS ialah Harapan Rakyat; Parti Maju Sabah (SAPP); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).














KONGSIKAN SEKARANG

1 Response to "MANIFESTO BN TIDAK TELUS"

  1. Biasa lah sama juga kenapa masa UMNO dulu tidak mahu jadi Presiden Parti sekarang baru konon. Hehe

    BalasPadam