Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

WANITA HARAPAN RAKYAT PERLU SENTIASA PEKA




Oleh : Mohd Faizizi Maidin

Beaufort,09 Disember: Pergerakan Wanita Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) perlu sentiasa peka kepada isu semasa selain perlu kreatif mencari strategi baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
  Penasihat Pergerakan Wanita Harapan Rakyat Datin Seri Normilah Siong berkata, ahli pergerakan sayap parti itu juga perlu sentiasa cekap menggunakan peralatan canggih seiring dengan teknologi maklumat.
  “Kita bakal menghadapi PRU14 pada bila-bila masa dari sekarang dan ahli pergerakan wanita di seluruh Sabah perlu sentiasa bersiap sedia terutama dalam mendekati hati rakyat dikawasan masing-masing.
  “Apa yang lebih penting, kita akan terus bekerja mendekati rakyat dan sudah pasti kita inginkan perubahan selepas PRU14 akan datang,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Pertama Pergerakan Wanita Harapan Rakyat Bahagian Beaufort selepas Persidangan Agung Perwakilan Tahunan 2017 di sini, kelmarin.
  Normilah berkata, pihaknya juga mahu ahli pergerakan sentiasa mengamalkan sikap berbudi bahasa dan sopan dalam menyantuni hati rakyat di semua pelosok Sabah.
  “Sebagai rakyat Sabah, kita amat terkenal dengan budaya hormat menghormati antara kaum dan sudah pasti, amalan itu perlu dilaksanakan ketika turun padang untuk berkempen.
  “Selain itu, kita juga perlu memantapkan jentera parti dengan menjalin kerjasama dengan pergerakan Wanita Muda dan Pemuda parti,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "WANITA HARAPAN RAKYAT PERLU SENTIASA PEKA"