Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

YAKIN MAMPU 'AMBILALIH' KERUSI KOTA MARUDU


MAIJOL melalui titian kecil sebelum ke majlis berkenaan

Oleh : Marcellus Manisah

Kota Marudu, 8 Disember : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yakin mampu untuk mengambilalih kerusi Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang. 
  Timbalan Presiden 1 Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap berkata, kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional (BN) melalui parti komponen Parti Bersatu Sabah (PBS) itu dilihat tidak mampu menjaga kepentingan rakyat setempat. 
  “Kita dapat lihat, di Parlimen Kota Marudu masih serba kekurangan sejak pimpinan PBS dan BN ‘menjaga’ kawasan ini sejak lebih 20 tahun lalu. 
  “Lebih malang lagi, beberapa permintaan rakyat tidak ditunaikan dan kita ambil contoh yang dekat iaitu mereka tidak dapat membina jambatan di Kampung Morion Sarayo ini,”katanya.
   Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan cawangan Harapan Rakyat di Kampung Morion Sarayo baru-baru ini. 
  Hadir sama Naib Ketua Bahagian Jamadil Idaron dan Ketua Pemuda Harapan Rakyat Jovilis Majami. 
  Maijol yang juga Ketua Bahagian Harapan Rakyat Kota Marudu berkata, ketiadaan jambatan itu juga menyukarkan penduduk untuk membawa masuk kenderaan mereka berhampiran rumah. 
  “Ketika saya datang ke sini, hanya titian kecil yang dibina menggunakan bambu dan ia amat bahaya apabila musim air pasang atau banjir. 
  “Sudah pasti, apabila saya diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat kelak, saya tidak akan mengecewakan harapan rakyat kepada saya,”katanya. 
  Pada majlis yang mulanya sekadar ceramah kelompok bertukar kepada penubuhan cawangan dimana sebanyak 40 borang keahlian berjaya diisi.
  Dalam pada itu, seorang pemerhati politik tempatan Peter Marajin  turut mengesahkan keahlian dengan menyertai Harapan Rakyat pada 4 Disember lalu.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "YAKIN MAMPU 'AMBILALIH' KERUSI KOTA MARUDU"