Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

CADANG DUA DUN DI LABUAN, BERI PELUANG RAKYAT SUARAKAN MASALAH

Labuan,30 April  : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bercadang untuk mewujudkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disini bagi membolehkan masalah rakyat dapat disuarakan di peringkat DUN.
  Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, cadangan itu akan dibincangkan bersama ahli Gabungan Sabah (USA) apabila berjaya mentadbir kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  “Sebelum ini Labuan adalah dibawah pentadbiran negeri Sabah sebelum ia diserahkan kepada Wilayah Persekutuan semasa era pentadbiran kerajaan parti Berjaya.
  “Oleh itu, saya ingin mengajak seluruh warga Labuan untuk terus memberi sokongan padu kepada calon Harapan Rakyat atau USA yang akan bertanding disini pada PRU14 kelak,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jelajah Presiden dan Pelancaran Bahagian Labuan disini, kelmarin.
  Hadir sama, Penasihat Pergerakan Wanita Harapan Rakyat Datin Seri Normilah Siong; Naib Presiden Harapan Rakyat Patrick Sadom; Ketua Wanita Negeri Ester Otion dan Ketuan Bahagian Labuan Siti Zaleha Ibrahim.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang kini diisi oleh penduduk luar Labuan.
  “Selain itu, sudah parti kita bersama USA akan terus meningkatkan kemudahan infrastuktur yang dilihat masih terabai meskipun ditadbir oleh kerajaan sedia ada.
  “Harapan Rakyat khususnya akan mewujudkan satu pucuk kepimpinan yang berwibawa dan prihatin kepada masalah yang dihadapi rakyat di Sabah dan Labuan,”katanya.
  Terdahulu, pada majlis itu, lebih 500 orang warga labuan termasuk ahli Harapan Rakyat hadir pada program itu.
  Dalam majlis berasingan, Lajim turut mengadakan tinjauan mesra bertemu rakyat Labuan yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Negeri dan Bahagian Labuan.
  “Dalam tinjauan mesra ini, kita dapat memupuk sikap perpaduan dikalangan penduduk setempat tanpa mengira bangsa dan agama.
  “Selain itu, kita juga dapat melihat keinginan rakyat untuk melakukan perubahan pentadbiran kerajaan pada PRU14 akan datang,”katanya.






KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "CADANG DUA DUN DI LABUAN, BERI PELUANG RAKYAT SUARAKAN MASALAH"