Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

MAHU RAKYAT BIJAK MEMILIH PEMIMPIN YANG DEKATI RAKYAT



Oleh : Mohd Sobree Hashim

Ranau,7 Februari : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bahagian Ranau mahu rakyat di daerah ini bijak memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  Ketua Bahagian Harapan Rakyat Ranau Adzman Manaf berkata, ia penting bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat setempat terjamin selain dikenali penduduk dikawasan yang ditandingi.
  “Kita mahu rakyat bijak memilih pemimpin bagi membawa segala permasalahan rakyat disuatu kawasan pada setiap masa dan bukan hanya hadir ketika PRU semakin tiba.
  “Sudah pasti juga rakyat di Ranau sendiri inginkan anak jati daerah ini menjadi calon seterusnya menjadi pemimpin untuk membawa suara rakyat Ranau di Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis santai Bersama rakan Gabungan Sabah (GS)di Kampung Matupang baru-baru ini.
  Adzman berkata, pihaknya juga mahu rakyat menolak sepenuhnya ‘calon luar’ dan parti kelahiran Semenanjung yang bertanding pada PRU14 akan datang.
  “Dalam GS kita mempunyai empat buah parti tempatan yang memperjuangkan hak rakyat Sabah selain akan melaksanakan Agenda Borneo.
  “Justeru, kita mahu rakyat terus bijak memilih dan menolak pemerintahan sedia ada seterusnya menukar landskap politik Sabah,”katanya.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "MAHU RAKYAT BIJAK MEMILIH PEMIMPIN YANG DEKATI RAKYAT"